[ No Description ]



 



Rp 50.517

Tujuh tahun perkahwinan Maizatul Hafizah (Mai) dengan suaminya Muhammad Irfan, mereka tidak dikurniakan zuriat sehingga membuatkan Mai hidup dalam kemurungan. Pergolakan rumahtangga yang dibina dikuatkan lagi dengan perselisihan faham dan keegoan sehingga akhirnya Mai diceraikan dengan talak tiga. Namun tika penyesalan tiba, segala-galanya sudah terlambat. Kata perpisahan sudah dilafaz dan mereka hanya boleh bersama dengan cara mencari ‘cina buta’. Dalam kebuntuan mencari seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk mengahwini Mai, Irfan diperkenalkan dengan Syamsul Hasni, seorang lelaki yang hidupnya penuh dengan kekecewaan dan sanggup menerima syarat-syarat yang ditetapkan olehnya. Kerana terdesak untuk bersatu semula, Mai dan Irfan bersetuju menetapkan tempoh tiga bulan untuk bersuamikan Syamsul bagi mengelakkan syak wasangka dari masyarakat sekeliling. Akhirnya Mai dan Syamsul bersatu dalam sebuah perkahwinan tanpa sekelumit rasa kasih dan sayang. Namun kehidupan yang dilalui oleh Mai sebagai isteri kepada Syamsul memberi pengalaman yang tidak pernah dilaluinya sepanjang hidup bersama Irfan. Walaupun mula disentuh rasa bahagia, perasaan cintanya kepada Irfan masih kukuh sehingga dia nekad mahu meninggalkan Syamsul apabila tiba masanya. Namun apabila tempoh tiga bulan menghampiri penghujungnya, hati kian berat mahu melangkah pergi. Kerana timbul perasaan halus kepada Syamsul, Mai sedaya upaya membantu suaminya membina kehidupan yang lebih baik dengan memulakan perniagaan. Tidak mampu dinafi hati, kehadiran Syamsul dan keluarganya memberi berjuta rasa yang tidak pernah dia duga. Namun kebahagiaan tidak datang dengan mudah. Bagaimana keindahan itu mampu kekal sekiranya Irfan tanpa jemu memujuk dan merayu? Dan cinta yang mana perlu dia pilih? Bekas suami yang pernah dikasihi sepenuh jiwa, atau juga si suami yang melekat tanpa syarat di hatinya?
view book