[ No Description ]



 



Rp 77.105

Sepanjang beberapa tahun membabitkan diri dalam arena penulisan melalui arena ‘blogging’ di tapak maya saya iaitu www.azuraabdullah.com, saya menerima banyak nota dilema mahu berhenti kerja dan mahu berniaga atas pelbagai sebab daripada kaum wanita khasnya ibu berkerjaya. Ada beberapa perkara yang anda perlu sedar dan fikir dahulu sebelum berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa: • Tidak gembira dengan pekerjaan sekarang dan mahu berniaga untuk lebih gembira. • Tidak cukup duit dan mahu berniaga untuk selesaikan masalah duit. • Mahu berniaga kerana mahu membayar hutang keliling pinggang. • Mahu banyak masa bersama keluarga dengan berniaga. • Berniaga kerana anda minat dan bukan kerana kawan buat anda pun mahu buat. • Mulakan dengan kos paling minima (lean) dan elakkan membuat pinjaman. • ... dan banyak lagi anda perlu tahu. “Situasi paling manis ialah jika anda bergelar bos kepada diri sendiri dikala hutang kosong. Hutang terbeban yang sangat normal kini ialah rumah dan kereta. Hutang normal ini akan menjadikan sesiapa sahaja kurang normal dikala bisnes berada di fasa runcing.” – Azura Abdullah.
view book