[ No Description ]



 



Rp 130.148

Kebangkitan dakwah dan gerakan Islam yang begitu simbiotik di Malaysia lazimnya merujuk kepada perkembangan ABIM dan PAS yang muncul sebagai gerakan dakwah atau Islam yang ulung. Buku ABIM dan PAS dalam Gerakan Dakwah Islam di Malaysia merakamkan dinamisme kedua-dua gerakan Islam yang menjadikan dakwah sebagai motor kebangkitan mereka. Walapun berkongsi beberapa perkara atas dasar ideologi dan hubungan sejarah, kedua-dua gerakan ini berbeza dalam memahami dan melaksanakan dakwah. Pemikiran tokoh dalam gerakan tersebut seperti Yusof Rawa dan Siddiq Fadhil dilihat meletakkan dasar dakwah masing-masing sehingga mempunyai jati diri tersendiri di tengah arus kebangkitan gerakan Islam lain yang turut sama berjuang menegakkan dakwah Islamiah. Ringkasnya, penulisan mengenai subjek ini sangat bermanfaat bagi menganalisis dinamisme dakwah dalam gerakan Islam di Malaysia dengan tumpuan khusus kepada dua gerakan yang telah memainkan peranan yang penting dalam isu ini.
view book