Teknologi Maklumat Ruangan dalam Arkeologimengetengahkan pendekatan silang disiplin dalam penyelidikan arkeologi dengan mengaplikasikan teknologi maklumat ruangan seperti sistem maklumat geografi (GIS), penderiaan jauh, foto udara, sistem kedudukan sejagat (GPS) dan teknologi berkaitan dalam bidang fizik.Sejumlah 12 bab yang disumbangkan oleh pakar bidang arkeologi, geografi dan teknologi maklumat ruangan dalam buku ini memaparkan hasil kerja lapangan di tapak arkeologi utama di Malaysia seperti Lembah Lenggong dan Lembah Bujang. Menerusi buku ini, maklumat asas, isu dan pendekatan khususnya dalam pembangunan, pengurusan, analisis dan pemodelan data, serta model jangkaan tapak arkeologi disampaikan melalui penulisan yang mudah difahami, disokong dengan data yang tepat, dan disertakan dengan paparan visual berwarna yang menarik. Justeru, buku ini adalah sumber rujukan yang menyeluruh untuk pelajar, penyelidik dan agensi yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat ruangan, arkeologi, geografi, warisan, fizik dan perancangan.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.