Selepas pemergian kedua orang abang kembarnya, Nur Aina yang lebih dikenali Nunu mula dipersiakan kedua-dua orang tua apabila mereka lebih memilih kerja daripada dirinya sendiri untuk mengubat luka perit kehilangan anak kembar itu. Tertekan dengan perlakuan kedua orang tuanya, Nunu sentiasa membuat masalah di sekolah hanya untuk meraih perhatian daripada orang tuanya.
“Bukan salah dia orang I’m spoiled! Ayah pernah cermin diri tak? Bilanya mama dengan ayah ada masa untuk adik? Ayah kasi adik duit for exchange of your time! Ayah sendiri suruh adik cari masa adik sendiri dengan orang lain. And when I did, ayah kata adik spoiled? You spoiled me! Bukan abang!” - NUNU
Lemah. Dia lemah. Lantas Nunu mengambil jalan pintas untuk bunuh diri! Dari situ mulanya pertemuan dia dan Alan yang banyak mengubah hidupnya sendiri.
“Awak selongkar barang saya?!” – NUNU
“It’s the right thing to do lepas you pengsan. Takkan I nak goncang you sampai bangun just untuk tanya nama you?” pedas. – ALAN
Selepas kejadian itu, Alan banyak membantunya hingga membuatkan hatinya mula terusik. Siap diberi kerja baru! Tetapi lokasi tempat kerja baru membuatkan Nunu tertanya-tanya. Siapa lelaki yang membantunya ini? Bagaimana dia boleh di tempatkan di syarikat arwah bapanya?
Dan apabila dia tahu pemilik syarikat baru yakni dulu adalah rakan kongsi arwah bapanya, dia jadi benci dan berdendam dengan orang tua itu. Itu tidak cukup apabila Alan pula merupakan anak kepada rakan kongsi itu. Berkecai hatinya hanya Tuhan yang tahu. Lantas dia keraskan hati. Kalau harta arwah bapanya tidak mampu dirampas kembali, dia janji akan membuat masalah kepada setiap pelosok syarikat itu hingga dia puas.
Benci-benci nak ke mana, dik?Alan terlalu baik melayannya. Patutkah kerana dendam tiga tahun lalu dia lempiaskan pada Alan sedangkan lelaki itu tiada salah apa pada dirinya? Bila hati keras mula melembut, semuanya jadi cair termasuk dendam.
Nunu belajar memaafkan. Namun setelah dia belajar untuk memaafkan, semuanya tidak berjalan seperti yang dia harapkan! Kenapa semua ini jadi terbalik? Kenapa dendamnya itu perlu kembali? Dalam senyap Auntie Ma datang membuka rahsia. Rahsia apa yang buatkan Nunu lari dari kenduri kahwinnya sendiri?
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.