“Insya-Allah suatu hari nanti bersaksikan bulan dan bintang
akan kulamar dirimu menjadi permaisuriku.”
Nota diberikan dan Anis Humairah Najla ditinggalkan tanpa sebarang kata. Kerana nota itu dia menjadi penanti setia cinta. Malah kerana nota itu, banyak hati-hati yang terluka. Bukan sekejap tetapi lama. 6 tahun menanti, akhirnya muncul juga si dia yang dinanti.
“Pemilik pipi yang merah, sirna matanya yang cantik...” – Kamil Hakim
“… Wajah awak tak pernah padam daripada hidup saya Maira. Walaupun sejuta kedut melakari wajah awak... di hati saya awak tetap Maira yang dulu. Masih sama.” –Ahmad Suffian
Siapakah pemilik nota itu sebenarnya?Mampukah tertunai janji yang dinanti? Adakah hati-hati yang terluka lagi?
Andai cinta tidak berpaksikan kejujuran, kecurangan pasti terbongkar juga. Siapakah dia yang terpilih bertakhta di hati Anis Humairah Najla?
Antara cinta dan keluarga… antara sahabat dan jiwa… antara tulus dan dendam… antara kejujuran dalam perhubungan… Itulah cinta yang tidak pernah padam.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.