Buku ini meninjau perkembangan dalam aspek sosial dan ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang sejak awal kurun ke-19 sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua dan beberapa dekad selepasnya. Kedudukan Pulau Pinang sebagai pelabuhan perdagangan sejak diambil alih oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) daripada kesultanan Kedah pada 1786 menukar dengan cepat corak kehidupan orang Melayu di negeri ini. Mereka bukan sahaja bersaing mencari kemajuan dalam aspek ekonomi, malah terdedah kepada pembaharuan yang dibawa dari luar mahupun dari negeri-negeri Melayu sendiri. Sifat persaingan dalam sebuah kehidupan kosmopolitan ini turut membawa kemajuan dalam pendidikan, kesusasteraan dan percetakan. Di Pulau Pinang inilah lahirnya pemikir yang memanjangkan pemodenan yang turut menggunakan percetakan sebagai wadah menyampaikan transformasi kepada masyarakat Melayu. Peranan Pulau Pinang sebagai pusat perkumpulan dan perlepasan jemaah haji sejak pertengahan kurun ke-19 menjadikan dunia percetakan, khususnya buku-buku keagamaan begitu rancak di negeri itu. Seberang Perai turut menerima tempias daripada perkembangan ini. Hubungan antara kedua-duanya terjalin erat atas keperluan ekonomi, kemasyarakatan dan keagamaan meskipun ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu di Seberang Perai masih kuat dipengaruhi sifat kekedahan yang pernah menjadi pertuanan mereka sebelum diambil alih oleh SHTI pada 1800.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.