Aku tak pernah rasa bahagia dalam hidupku. Aku berharap ibu dapat menerimaku sebagai anaknya. Aku juga berharap dapat meraih cinta suamiku. Tetapi... sanggup abang? Kenapa selalu buat Farah begini? Abang pentingkan perempuan lain daripada isteri abang sendiri. Farah cintakan abang dan akan tunggu abang sampai bila-bila. – FARAH ALWANI
Perempuan tak guna. Kalau ibu kau sendiri tak terima kau sebagai anak, jangan haraplah aku nak terima kau sebagai isteri aku. Aku hanya cintakan Amalina. Aku tak boleh hidup dengan perempuan yang aku tak cinta. Berambus kau dari hidup aku! – QALIFF FAKHRUL
Akhirnya aku berjaya juga menghapuskan perempuan itu dalam hidup Rul. Rul hanya untuk aku. Harta dia kepunyaan aku. Aku sanggup buat apa sahaja untuk menghapuskan orang yang jadi penghalang cintaku. Aku tak sanggup kehilangan Rul. – WAN AMALINA
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.