Sejak akhir-akhir ini apabila masyarakat terutamanya umat Islam semakin kerap menghadapi ketidakstabilan emosi, psikologi, kognitif dan sebagainya sehingga menimbulkna pelbagai masalah berkaitan dengan kecelaruan jiwa. Isu ini menyebabkan ahli psikologi Muslim mahupun ulama mula melihat bahawa konsep dan teori daripada para pemikir Barat mempunyai kelemahan yang tersendiri, iaitu hampir kesemuanya mengabaikan entiti minda dan roh. Pemikiran Abu Talib al-Makki diakui, dihormati dan dijadikan rujukan oleh banyak sarjana Islam dan juga Barat dalam psikoterapi. Karya beliau Qut al-Qulub menjadi dasar penulisan buku ini yang membincangkan maqamat, iaitu perhantian-perhentian spiritual yang menjadi asas utama dalam membentuk kesempurnaan insan dalam konteks psikologi Islam. Buku ini mengemukakan persamaan dan perbezaan psikoterapi Barat dengan psikoterapi Islam. Buku ini juga mencadangkan suatu kaedah khusus bagi merawat spiritual seseorang yang telah dijangkiti oleh penyakit rohani dengan pengaplikasian maqamat al-Makki. Oleh sebab itu, buku ini memenuhi kehendak khalayak yang masih tercari-cari rujukan tentang psikoterapi yang berteraskan al-Quran dan sunnah.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.