Hanin Zea- Seraut wajah tenangnya seakan-seakan menutup segala duka. Sedangkan hakikatnya, dua kehilangan yang dilalui menoreh luka terdalam di hati Jia. Namun apa lagi pilihan yang wanita ini ada, selain daripada bangkit semula? Walaupun dia cukup mengerti, melakukan semuanya bukanlah semudah menutur kata.
Alfarezi- Dia muncul bersama kebencian terhadap Jia. Sekali gus menjadikan dirinya lelaki yang paling Jia mahu hindari.
Gara-gara janji yang dimungkiri, mereka saling membawa diri. Baik Jia mahu pun Al, mereka cukup pasti. Andainya masih ada perasaan yang tertinggal, maka ia takkan lebih daripada sebuah kebencian.
“Aku tak faham, kenapa aku rasa terseksa bila dapat tahu kau terluka? Sedangkan kau dah hancurkan hati aku.” Al
“Jangan sesekali biarkan simpati memadam kebencian awak, Al.” Jia
Mungkin benar Jia yang bersalah. Atau Al yang terlalu mudah menghukum. Namun bagi Jia, kisah mereka hanyalah sekadar kisah lama yang takkan terulang lagi. Dan kini, hanya satu cara untuk dia kembalikan semula kebahagiaan Al. Realisasikan cinta lelaki itu walaupun bukan dengan dirinya.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.