[ No Description ]



 



Rp 89.106

Kumpulan Cerpen: Dan Aku Mengerti Juga merupakan himpunan 29 buah cerpen yang ditulis pada tahun 1981 hingga tahun 1992 yang pernah diterbitkan di dalam beberapa buah kumpulan cerpen pada tahun-tahun ‘80an dan ‘90an. Cerpen-cerpen ini berlatarkan suasana kehidupan masyarakat pada zaman suku akhir abad ke-20. Ia menyentuh isu sikap manusia dan keagamaan dalam kehidupan seharian. Cerpen-cerpen yang diketengahkan dalam buku ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian peribadi pengarang sewaktu beliau berkecimpung di dalam dunia pendidikan, di samping sebagai orang kampung dan pemerhati masyarakat. Kisah-kisah yang dituliskan sesungguhnya ada kelainan dengan cerpen yang ada pada hari ini. Penggunaan ayat, pemilihan kata dan pengolahannya jelas memperlihatkan gayanya yang santai dan tersendiri sifatnya berbanding dengan penulis-penulis lain. Membaca cerpen dalam Kumpulan Cerpen: Dan Aku Mengerti Juga ini akan menimbulkan rentetan persoalan kepada pembaca dan mengajak pembaca kembali kepada manusiawinya.

view book