[ No Description ]
ADI seorang wartawan jenayah yang sering membuat liputan dan melaporkan berita jenayah telah terjebak dalam dunia penyiasatan setelah berlakunya kes bunuh diri satu demi satu. Setiap mangsa bunuh diri telah meninggalkan satu tanda pada lengan. Mangsa dikatakan telah mengalami rasukan dan diganggu satu makhluk hitam yang menyebut nama MAYA sebelum membunuh diri dengan cara yang cukup ngeri. “Cuba kau tengok betul-betul. Torehan tu macam membentuk satu huruf. Aku pada mulanya memang tak ambil port pasal ni.” – ADI Dengan bantuan JOHAN, rakan satu universiti, Adi mendapat tahu yang adiknya, AMZAR adalah bakal mangsa bunuh diri yang terakhir dan semua itu ada kaitan dengan satu rahsia yang disimpan kukuh oleh Amzar dan tiga kawan rapatnya dulu. “Adi, aku rasa, kau kena tanya Am. Kenapa dia dan kawan dia jadi mangsa. Kau kena paksa Am cerita! Kalau dapat tahu sebabnya, senang kau nak selesaikan hal ni.” – JOHAN “Aku dapat rasa giliran aku akan datang bila-bila masa. Aku tak nak masuk hospital gila! Aku tak gila! Tangan aku sendiri yang cuba nak cederakan aku.” – AMZAR SYA, seorang penulis novel yang obsess dengan genre misteri thriller menjadikan kes bunuh diri itu sebagai satu durian runtuh untuknya menyiapkan manuskrip terbaharunya. Satu e-mel misteri yang diterima daripada Maya telah membawanya berhubung semula dengan kawan lamanya, Adi. Dengan penyiasatan Adi dan keterujaan Sya menyiapkan manuskripnya, sedikit demi sedikit membawa kepada pembongkaran identiti NOI, rakan serumah Sya sendiri. “Kau pandai berlakon, Noi. Kalau benarlah kau adalah Maya, balaslah ikut undang-undang bukan dengan sihir!” – SYA “Orang macam mereka tu tak layak hidup! Baik mampus saja!” – NOI Dapatkah Adi menyelamatkan Amzar daripada mati bunuh diri? Siapa pula MAYA? Rahsia semalam akan terjawab hari ini!