"Benarlah Ainuddin pejuang bangsa yang degil:
Dalam mempertahankan prinsip agar anak bangsanya dapat diperbanyakkan segera untuk memenuhi kuota DEB di UTM, sehingga skala 10:90 berjaya diubah kepada 90:10 dalam masa lima tahun sahaja.
Dalam menterjemah nilai jati diri Melayu/Islam, kepada pelajarnya sehingga sepanjang 20 tahun khidmatnya beliau berjaya menghasilkan ratusan ribu lulusan UTM sebagai teknokrat Melayu yang kental jati diri.
Dalam memegang kukuh prinsip perjuangannya, sehingga boleh berkorban rasa walau dikutuk, walau dihina, walau dihentak mejanya, beliau masih tetap boleh bertenang, tersenyum, dan memaafkan semuanya demi menunaikan amanah terhadap kuantiti dan kualiti pendidikan anak bangsanya.
Sesungguhnya negara dan ratusan ribu teknokrat Melayu berhutang jiwa dengan kegigihan dan pengorbanan ikhlas pejuang sejati yang berjiwa besar, lembut tetapi degil berprinsip ini ..."
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.