[ No Description ]



 



Rp 26.634

Kemajuan pesat teknologi sistem tanpa wayar memerlukan teknologi antena yang mampu mengimbangi penceilan saiz peralatan berkaitan. Oleh yang demekian, penyelidikan dalam teknologi antena perlu dilaksanakan untuk mencari teknik dan reka bentuk antena yang bersesuaian yang boleh menjadi pelengkap kepada perkembangan peat teknologi tanpa wayar. Sebagai menyahut cabaran tersebut, penyelidikan rentas bidang di antara Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Pusat Pengajian Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia telah dijalankan untuk mencari bahan dan reka bentuk baru antena yang mempunyai potensi untuk kegunaan sistem tanpa wayar kini. Hasil daripada jalinan kerjasama ini, antena penyalun dielektrik didapati telah menunjukkan potensi yang amat memberansangkan melalui kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan daripada pelbagai aspek yang terdiri daripada analisis teori dan berangka, teknik-teknik pengujaan, reka bentuk padat, kawalan polarisasi, operasi jalau lebar dan implementasi tatasusunan untuk mendapatkan gandaan yang tinggi. Hasil daripada kajian yang dijalankan, jelas bahawa antena penyalun dielektrik mempunyai kecekapan yang lebih baik dan fleksibiliti yang tidak ditemui dalam antena jenis lain. Teknologi antena penyalun dielektrik telah menggunakan dengan berkesan untuk sistem komunikasi tanpa wayar dan ia mampu memberikan impak yang besar dalam sistem komunikasi masa hadapan.
view book