[ No Description ]



 



Rp 26.634

Keadaan cerun, kewujudan batu-batan dan jumlah taburan hujan merupakan faktor yang sering dikaitkan dengan kejadian tanah runtuh. Keadaan cuaca di Malaysia yang tidak menentu turut menyumbang kepada kekerapan kejadian tanah runtuh. Berikutan proses luluhawa yang berlaku lebih cepat dan tidak sekata menyebabkan pembentukan sesar dalam batuan. Bencana ini biasanya melibatkan hujan dan kehadiran batu di subpermukaan yang dikenali sebagai batu bundar. Seterusnya, hujan akan melonggarkan tanah dan tanah runtuh akan berlaku apabila batu bundar dan tanah bergerak. Projek kejuruteraan awam seperti pembinaan jalan dan bangunan akan terganggu jika terdapat batu bundar di subpermukaan terutamanya semasa penanaman cerucuk dan pemotongan bukit. Kewujudan lubang benam (sinkhole), rongga dan sesar adalah ciri-ciri biasa di kawasan batu kapur. Ciri-ciri ini dapat dielakkan jika ia dapat dilihat dengan jelas atau terdedah tetapi amat sukar untuk dikesan jika ia berlaku atau berada di subpermukaan. Rongga dan sesar di bawah permukaan tanah boleh mewujudkan masalah yang serius di kawasan yang akan dibangunkan. Isu ini adalah antara masalah uta dalam bidang kejuruteraan awam kerana tanah runtuh sering mengakibatkan kehilangan nyawa, tanaman dan harta benda.
view book