Isu Pelaksanaan dan penguatkuasaan Penilaian Impak Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment – EIA) dalam kalangan industri pembinaan merupakan satu isu sentiasa dipertikaikan terutamanya berkaitan dengan pembangunan di kawasan lereng bukit. Buku ini menghuraikan isu-isu berkaitan dengan pelaksanaan pembangunan di kawasan lereng bukit di Malaysia. Masalah ketidakpatuhan EIA di kawasan lereng bukit telah memberi kesan kepada kejadian hakisan tanah dan kesan ke atas kestabilan cerun, kesan ke atas landskap. Lima elemen model yang menyokong penguatkuasaan berkesan dibentuk dan dihurai dengan teliti berdasarkan kepada kajian kes di kawasan sekitar Negeri Selangor. Kelima-lima element model tersebut telah memberi nafas baru dalam isu penguatkuasaan EIA di Malaysia. Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai buku rujukan bagi para penyelidik, pelajar universiti, pensyarah, pihak melaksanakan penguatkuasaan EIA serta sesiapa yang berminat dengan kajian EIA dan isu penguatkuasaan EIA di Malaysia.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.