[ No Description ]



 



Rp 93.519

PERTEMUAN secara kebetulan antara Fawwaz dan Husna Nazihah ataupun dikenali sebagai Hunny tidak seindah yang disangka. Dan kalau boleh dielak, pasti Fawwaz akan rasa bersyukur kerana tidak perlu bertemu dengan gadis ego dan perasan bagus. “Apa ni?” “Baju Cik Hunny tu dah koyak. Takkan nak berjalan depan public dengan baju yang koyak tu? Lainlah kalau Cik Hunny tu bintang Hollywood yang suka tayang badan kat public...” “Busuk tak jaket kau ni? Kalau busuk, kau simpan sajalah...” “Biar jaket busuk, Cik Hunny. Jangan hati kita yang busuk dengan sifat angkuh dan bongkak.” Namun dari insiden malang tersebut, mereka menjalin persahabatan. Dan daripada hubungan yang biasa-biasa, hati si gadis mula terpaut dengan karakter si jurujual. Tapi bukan senang untuk tackle hati si jurujual bernama Fawwaz. Hati si jurujual telah dimiliki oleh seseorang. “Saya cintakan awak, Fawwaz!!!...” “Saya minta maaf, Husna... Tapi cinta saya bukan untuk dijual beli. Saya bukan jurujual cinta yang begitu mudah memperdagangkan cinta saya kepada sesiapa saja termasuklah awak, Husna.” Walaupun ditolak, Husna tetap berusaha. Akhirnya mereka menyulam cinta, mengikat tali pertunangan hingga menginjak kaki ke jenjang pelamin. Dalam mengecapi kemanisan bercinta, tidak semuanya akan berjalan manis dan indah sahaja. Gelora yang melanda inilah yang menguji keutuhan cinta mereka. Sejauhmanakah Fawwaz dan Husna Nazihah mampu mempertahankan cinta mereka berdua? Ketahui kisah selanjutnya di dalam naskhah Aku Bukan Jurujual Cinta...
view book