Shamsiah Fakeh oleh Azzah AR

Shamsiah Fakeh by Azzah AR from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Azzah AR
Kategori: General Novel , History
ISBN: 978-967-5783-44-9
Ukuran file: 0.56 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Shamsiah Fakeh adalah seorang komunis. Itu yang diberitahukan kepada kita, sehinggalah beliau sendiri berkata, “Aku akan tulis kisah ini nanti. Aku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku.” Inilah novel yang sangat menghormati Shamsiah Fakeh. Ia menceritakan Shamsiah Fakeh adalah susuk yang pernah menjadi pemimpin, pejuang dan tetap seorang perempuan. Sebagai pemimpin beliau berkata, “Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam sejarah pasti dapat menemui arah tuju untuk masa hadapan.” Sebagai pejuang, “Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka.” Sebagai seorang perempuan, “Mana mungkin seorang ibu tergamak membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan. Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung dari serangan penjajah, dan kamu tidak.” Masihkah Shamsiah Fakeh itu seorang komunis pada fikiran kita? Novel ini punya jawapannya.

Ulasan

Shamsiah Fakeh - Pejuang, Pemimpin dan Perempuan
by RUHIZAT BIN SAFIE on August 10, 2017

Buku ini amat menarik untuk dibaca kerana ianya memaparkan sisi indah seorang pejuang yang selama ini telah difitnah sebegitu teruk sehingga beliau digelarkan sebagai seorang pengkhianat negara dan dibenci oleh segenap lapisan masyarakat. Semoga dengan adanya pendedahan sebegini cantik maka imej beliau yang telah tercalar akan dapat dipulihkan. Al Fatihah buat Almarhumah yang telah mengalami pelbagai penderitaan sepanjang hidup beliau sehingga terbuang selama 46 tahun dari perjuangan di hutan sehinggalah terhumban ke luar negara. Sesungguhnya beliau juga adalah seorang pejuang yang tidak didendang...

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan