1010 Pantun Baharu oleh Khadijah Hashim

1010 Pantun Baharu by Khadijah Hashim from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Khadijah Hashim
ISBN: 978-983-852-657-9
Ukuran file: 20.99 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Khadijah Hashim ialah karyawan yang menaruh pegangan bahawa berkarya tidak semestinya terbatas kepada satu bidang sahaja. Oleh sebab itulah dalam kerjayanya sebagai seorang sasterawan, beliau bukan sahaja melahirkan novel dan cerpen, bahkan dalam beberapa tahun yang lalu beliau telah pun mencurahkan bakatnya ke dalam suatu bidang seni yang berlainan, iaitu seni lukis. Kini, Khadijah meneroka suatu bidang baru, iaitu penghasilan pantun. Walaupun himpunan pantun ciptaannya yang terkandung dalam buku ini merupakan pantun baru, namun Khadijah tidak beredar daripada syarat dan rukun yang menjadi sifat asas dalam puisi tua Melayu yang dinamakan pantun empat kerat, baik dalam susunan baris dan suku kata, mahupun pembayang dan maksud. Dalam lingkungan kawalan syarat dan rukun yang demikian ketat, Khadijah mengolah idea, ungkapan, dan seni kata yang membawa nafas baru dengan ciri-ciri semasa dalam pantun-pantunnya. Sebagai orang yang telah lama meminati serta menyayangi pantun lama warisan bangsa, saya mengalu-alukan usaha Khadijah Hashim yang terbaru ini. Kehadiran 1010 Pantun Baharu pasti memperkaya lagi perbendaharaan pantun Melayu kita. -AZAH AZIZ

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan