Memecah Masalah (Soal Jawab Guru) oleh Norbi Husin

Memecah Masalah (Soal Jawab Guru) by Norbi Husin from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Norbi Husin
Kategori: General Academics
ISBN: 978-967-61-2469-2
Ukuran file: 3.13 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Memecah Masalah mendedahkan dan memberi kefahaman kepada golongan pentadbir sekolah dan pendidik mengenai permasalahan perguruan yang sering diutarakan oleh kebanyakan guru dan cara untuk menanganinya dalam bentuk soal jawab. Buku ini turut menyentuh tentng pelbagai ragam pengetua sekolah dan guru-guru perlu bijak mengatasi untuk mengelakkan berlakunya konflik. Hal ini kerana, silap percaturan boleh menyebabkan "yang putih menjadi hitam" dan "yang jernih menjadi keruh". Mengajar pelbagai proses membina manusia cemerlang bukanlah satu tugas yang mudah. Sebagai sebuah aktiviti penyampaian ilmu, mengajar memerlukan kebijaksanaan, kreativiti, kejujuran dan kesabaran dalam pelaksanaanya. Elemen-elemen ini perlu diadunkan menjadi satu untuk membentuk kecemerlangan pelajar, sekolah dan guru itu sendiri. Guru perlu mempunyai seni mengajar dan bersikap kreatif. Ramai yang mampu mengajar tetapi bukan semua orang dapat mengajar dengan baik, menarik dan berkesan. Melalui buku ini, penulis, menjelaskan sikap yang perlu ada pada seorang guru untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan disenangi oleh rakan-rakan guru yang lain. Budaya kerja kelas pertama perlu sentiasa dipraktikkan selain inisiatif untuk mempelbagaikan pedagogi pengajaran supaya pelajar tidak akan berasa bosan dengan kaedah yang sama setiap hari. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bacaan oleh guru-guru dan juga bakal guru bagi meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan seterusnya pembelajaran murid.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan