Riba Dalam Kehidupan Seharian oleh Azrul Azlan Iskandar Mirza
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis:
Azrul Azlan Iskandar Mirza
Kategori:
Finance & Investments
, Islam
ISBN:
ISBN 978-967-11212-0-7
Penerbit:
Muamalah Events
Ukuran file:
0.10 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Segala puji bagi Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh Alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, para sahabat, para tabiin dan seluruh umat Islam yang mengikut Sunnahnya hingga ke akhir zaman.
Hukum Islam menunjukkan bahawa Riba adalah dilarang dalam aktiviti harian masyarakat Islam. Dalam Al-Quran menjelaskan bahawa mereka yang terlibat dengan Riba akan mendapat seksaan di akhirat. Walaupun dalam Islam telah jelas tentang keharamannya, masih ada dalam kalangan masyarakat yang tidak memahami secara jelas tentang apa itu Riba. Ramai yang berpandangan bahawa Riba hanyalah sekadar mengambil tambahan yang berlebihan dalam mana-mana pinjaman kewangan.
Oleh yang demikian, menjadi kewajipan kepada para cendiakawan dan ilmuan Islam memberikan kefahaman agar masyarakat mengetahui amalan perekonomian yang dilarang dan yang dibolehkan dalam Islam, sehingga Islam akan disebut sebagai pedoman hidup yang menyeluruh, samada di dunia mahupun di akhirat.
Risalah ini cuba menjelaskan mengenai hukum Riba dan bahayanya, transaksi dengan barang Ribawi serta persoalan umum tentang Riba. Saya mengucapkan tahniah kepada penulis risalah ini, Azrul Azlan Bin Iskandar Mirza, semoga para pembaca akan dapat faedah dan manfaat hasil dari penulisannya.
Sekian.
(Dato’ Hj Mohd Yusuf Bin Hj Ahmad)
Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.