Siri Indahnya Bahasaku - Syair oleh Khadijah Hashim
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis:
Khadijah Hashim
Kategori:
Language & Dictionary
, Children
ISBN:
978-983-852-672-2
Penerbit:
K PUBLISHING SDN BHD
Ukuran file:
11.20 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Syair ialah puisi dalam bentuk terikat yang mementingkan irama. Syair dikatakan berasal dari Tanah Arab dan dibawa masuk melalui penyebaran Islam ke Tanah Melayu. Namun, syair terus mekar dan tetap memainkan peranan dalam masyarakat semasa.
Terdapat 4 baris dalam satu rangkap syair dan tidak mempunyai pembayang. Maksudnya, setiap baris adalah saling berkait antara satu sama lain. Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Fungsi syair adalah untuk menyampaikan cerita dan pengajaran dan digunakan juga dalam kegiatan-kegiatan yang berunsur keagamaan. Rima bagi syair pula ialah a,a,a,a.
Contoh:
Jalur gemilang diberi nama,
Itulah bendera negara kita;
Tanda bangsa yang merdeka,
Tanah air yang kita cinta.
Buku ini berkonsepkan serampang dua mata iaitu memperkenalkan syair, mengenali objek, serta berlatih membaca mengikut suku kata.
Dalam buku kecil ini, penulis cuba menghasilkan syair bertemakan negara Malaysia seperti sejarah, tempat pelancongan, buah-buahan tempatan, dan banyak lagi yang sesuai dengan pembacaan kanak-kanak berumur 6 hingga 7 tahun. ñ Khadijah Hashim
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.