25 Pahlawan Islam oleh Shafie Abdul Rahman

25 Pahlawan Islam by Shafie Abdul Rahman from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Kategori: History , Islam , Religion
ISBN: 978-967-0392-41-7
Ukuran file: 5.89 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Sejak Islam diutus melalui Nabi Muhammad SAW, bukan sedikit lahirnya pejuang dan pahlawan-pahlawan Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka, demi mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka meletakkan kepentingan agama melebihi daripada segala kepentingan diri, demi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda telah berjaya mendidik para sahabat yang menjadi generasi al-Quran, yang sanggup berkorban nyawa demi melindungi Rasulullah SAW, agama Islam dan orang-orang Islam ketika itu. Maka lahirlah para pejuang terulung seperti Sayidina Hamzah, Mus’ab bin Umair, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Khalid Al-Walid, Saad bin Abi Waqqas, Jaafar bin Abi Talib dan ramai lagi.   Perlulah diingat bahawa kisah-kisah kepahlawanan ini tidak seharusnya dijadikan sebagai satu catatan sejarah yang kemudian hilang atau dilupai dengan peredaran masa. Kisah-kisah pahlawan terkemuka dalam sejarah dunia Islam ini sewajarnya kita hidupkan terus dalam diri kita terutamanya dalam perjuangan kita menjalani hidup sebagai seorang Muslim sejati, mengamalkan Islam sebagai satu ad-din dan nizamul hayat. Elakkanlah diri daripada mencontohi mereka yang di luar lingkungan dunia Islam kerana pahlawan-pahlawan Islam ini telah berjaya mencorakkan dunia Islam dengan darah mereka yang harum mewangi, bak burung-burung yang bebas berterbangan di syurga.   Semoga pemaparan suka duka perjuangan para pahlawan Islam yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan pedoman. Seterusnya sama-samalah kita menghayati dan cuba menjadikan mereka sebagai ikon generasi muda umat Islam kinidalam mempertahankan kesucian agama Islam, Insya-Allah.

Ulasan

Alhamdulillah, suka sangat baca buku ini
by Rasidah Binti Alimapuro on January 07, 2022

Alhamdulillah, suka sangat baca buku ini

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan