Antara China dengan Tanah Tempatan oleh Yow Cheun Hoe

Antara China dengan Tanah Tempatan by Yow Cheun Hoe from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Yow Cheun Hoe
Kategori: General Academics
ISBN: 9789838616461
Ukuran file: 12.85 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Dengan menggunakan 'konsep dwipusat,' buku ini merekonstruksi kedudukan China dan tanah tempatan sebagai pusat pemikiran penulis Cina dari tahun 1919 hingga 1957. China mendominasi hingga tahun 1925 apabila tanah tempatan, dengan gelaran Nanyang, muncul dalam karya dan kritikan satera. Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 menjadikan tanah tempatan sebagai pusat keprihatinan, tetapi China memuncak sebagai fokus semasa perang China-Jepun sekitar tahun 1937-1945. Walaupun istilah Malaiya (Malaya) dan Mahua buat kali pertama digunakan, penulis menganggap 'sastera Malaiya' seharusnya berkhidmat untuk China. Selepas Perang Dunia Kedua, Kontroversi Sastera Mahua 1947-1948 mengasingkan orientasi China daripada orientasi tempatan. Malaiya menjelma sebagai kampung halaman baru dan pusat ketaatan pada tahun 1950-an. Pergerakan Sastera Patriotik 1956 tepat sekali membayangkan peralihan pemikiran kepada Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan