Isu Dwikerakyatan dalam Pembentukan Kewarganegaraan Malaysia, 1900-1965 oleh Low Choo Chin

Isu Dwikerakyatan dalam Pembentukan Kewarganegaraan Malaysia, 1900-1965 by Low Choo Chin from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Low Choo Chin
Kategori: General Academics
ISBN: 9789838616560
Ukuran file: 3.58 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Buku ini membincangkan kemelut isu kewarganegaraan Malaysia. Kandungan utama buku ini adalah berkaitan evolusi dasar dwikerakyatan. Ia menganalisa faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan mengubah polisi dwikerakyatan kepada polisi satu kerakyatan menjelang kemerdekaan. Dasar tidak mengiktiraf dwikerakyatan masih kekal sehingga hari ini. Parti Perikatan berpegang kepada dasar satu kerakyatan manakala kerajaan kolonial British mengamalkan polisi dwikerakyatan yang liberal. Bagaimanakah kedua-dua pihak tersebut mencapai kompromi semasa rundingan kemerdekaan? Tinjauan karya tertumpu kepada Malaysia, tetapi ia turut membincangkan isu kerakyatan negara lain yang berperanan mempengaruhi arah perkembangan kerakyatan Malaysia. Penulis ingin mengetengahkan satu isu pokok – dalam konteks Malaysia, istilah kewarganegaraan dan kerakyatan mempunyai implikasi politik yang berbeza (sebelum tahun 1965). Kemelut kewarganegaraan yang dihadapi oleh perangka perlembagaan adalah berkait rapat dengan pengunaan istilah-istilah tersebut. Perbincangan buku ini adalah berdasarkan dokumen sejarah yang kukuh. Buku ini sesuai dijadikan sebagai salah satu rujukan bagi kajian sejarah, politik, pentadbiran awam dan undang-undang di institusi pengajian tinggi.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan