Geseran dan Getaran yang Menggusarkan oleh Zaidi Mohd Ripin
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis:
Zaidi Mohd Ripin
Kategori:
General Academics
, Science
ISBN:
978-967-461-245-0
Ukuran file:
7.49 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Teks ini membincangkan kajian yang dijalankan untuk mencari hubung kait di antara keadaan permukaan, profil permukaan pengguling dan galas dengan paras getaran galas. Perkara utama yang dilihat ialah bagaiman keadaan permukaan bagi galas pengguling berubah. Nilai kekasaran permukaan juga berkurangan dan pada penghujung kajian sebelum galas rosak, kekasaran permukaan meningkat Perubahan profil permukaan ini dikaitkan dengan paras getaran galas. Nisbah tebal pelinciran kepada kekasaran permukaan boleh digunakan sebagai petunjuk bawah galas semakin menghampiri keadaan kegagalan apabila tebal filem pelincir tidak lagi mampun untuk memisahkan kedua-dua permukaan yang bergolek. Teks syarahan ini juga membincangkan gerakan sampingan piston dan juga keadaan pelinciran yang berlaku dalam kitaran gerakan piston. Gerakan sampingan piston wujud kerana terdapat kelegaan antara piston dan lubang silinder yang membolehkan gerakan saligan berlaku. Walaupun kelegaan ini kecil, ruang ini menyebabkan piston mengalam gerakan ke sisi, putaran dan salingan serta meghasilkan hentaman kepada dinding silinder hingga menyebabkan terhasilnya getaran dan bunyi yang tidak menyenangkan. Pengukuran pekali geseran untuk skirt piston menunjukkan bahawa skirt piston tidak sentiasa bersentuhan dengan dinding silinder dan keadaan pelinciran juga tidak mantap kerana skirt piston menghentam dinding silinder yang boleh menyebabkan filem pelincir musnah dan pekali geseran menjadi tiggi. Model yang dihasikjan berjaya memperoleh perlakuan yang menyamai keputusan eksperimen. Kesimpulannya, geseran dan getaran yang menyebabkan hingar dan ketidakselesaan adalan saling mempengaruhi.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.