Alahai Anak dan Menantu oleh Dhiyana

Alahai Anak dan Menantu by Dhiyana from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Dhiyana
Kategori: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-406-261-3
Ukuran file: 1.46 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Pertemuan pertama antara Wafiy dan Ayra bermula ketika di Sabah, di salah sebuah universiti tempatan. Jurang umur yang berbeza empat tahun, ditolak ke tepi oleh Wafiy. Misi dia hanya satu, misi memikat Ayra, seorang pelajar Master. Kenakalan dan juga kecomelan Wafiy membuatkan hati Ayra selalu diuji. Hati cuba menidakkan perasaan sendiri, tetapi selalu saja dia tewas tersungkur. Ketika hatinya dah mula menerima sahutan kasih dari Wafiy, panggilan telefon dari mak membuatkan dia tersepit. Mak dah berkenan pada Wafiy! Kerana adat dan juga maruah keluarga, mereka berdua disatukan di dalam hubungan yang halal. Usia perkenalan yang masih mentah, memberi peluang untuk Ayra meletakkan syarat di dalam hubungan baru mereka berdua. Tetapi, syarat hanya tinggal syarat. “ Nak tidur dah ke? ” – HILMAN WAFIY “ Tak kan nak main pula malam-malam ni? ” – NURUL IMAN KHAYRA “ Main? Nak main apa malam-malam ni? – HILMAN WAFIY “ Tak payah nak bermimpi! ” – NURUL IMAN KHAYRA Disaat mereka berdua mula kenali erti bahagia, Ayra mendapat tahu yang dia bukan lah calon menantu pilihan mama Wafiy. Sedikit pun dia tak melatah. Ayra mula mengatur strategi untuk misi memikat hati mertua. Pelbagai perkara yang dia lakukan demi untuk menjayakan misi. Malah dia sanggup untuk belajar senaman Tai Chi. Kemunculan Juhaira, calon menantu pilihan mak mertua sedikit pun dia rasa tak tergugat. Malah, masih mampu berlagak tenang saat dia dikasari. Hubungan mesra matlamat yang satu, kadang kala semuanya akan jadi haru-biru. Alahai... anak dan menantu. Memang bikin mak mertua naik hantu!

Ulasan

alahai anak dan menantu
by on November 22, 2019

seronok baca cerira perempuan yang tak mudah kena buli

Alahai Anak Dan Menantu
by Ixora Riana on February 13, 2021

Best! Jalan cerita tak bosan di baca. Klise yg tak klise. hehe

Best !!
by on February 13, 2021

Tk nk berhenti baca selagi tk habis...seronok ada, menghiburkan ada, mengalir air mata pun ada. Kesimpulannya...BEST!!

Alahai Anak dan Menantu
by Siti Aisyah binti Ramle on September 05, 2021

Cerota yang sangat sweet dan memang banyak part yang buat saya rasa terharu

Alynaz(Alahai anak & menantu)
by on March 22, 2022

Best

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan