Pekerja Industri - Isu & Teknik Penyelesaiannya oleh Hamdan Abd. Kadir

Pekerja Industri - Isu & Teknik Penyelesaiannya by Hamdan Abd. Kadir from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
ISBN: 978-983-52-1307-6
Ukuran file: 1.49 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Organisasi mahupun sektor industri sering mensasarkan produktiviti yang tinggi, kualiti yang memberangsangkan, dan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja dianggap seperti “mesin penggerak” utama kepada keberkesanan sesebuah organisasi atau industri. Sehubungan itu, jika pekerja berhadapan dengan pelbagai krisis dan konflik dalaman, maka prestasi kerja akan merosot dan seterusnya menjejaskan pencapaian organisasi atau industri. Sebagai pengurus atau pemimpin organisasi, mereka perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi pekerja yang bermasalah dan mengatasi masalah tersebut sehinggalah prestasi pekerja kembali meningkat. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya pihak pengurusan dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran dalam bidang kaunseling terlebih dahulu. Dengan yang demikian mereka bukan sahaja menjadi pengurus yang terlatih bahkan juga menjadi kaunselor yang berjaya. Ini adalah selaras dengan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara industri menjelang tahun 2020. Buku ini menyorot beberapa isu pekerja yang terdapat dalam organisasi atau industri yang diubahsuai dan ditokok tambah menjadi sebahagian daripada perkhidmatan kaunseling dalam sektor industri. Teknik penyelesaian turut diketengah untuk menjadikan mereka pengurus dan majikan yang efektif. Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk pengurus dalam organisasi atau sektor industri, majikan, pekerja, pelajar di pusat pengajian tinggi, pensyarah, guru, ibu bapa dan para pembaca yang berminat untuk mendalami kaunseling dalam bidang industri.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan