Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang? oleh Sapiee, Radzi

Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang? by Sapiee, Radzi from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Sapiee, Radzi
ISBN: 978-983-4203-12-2
Ukuran file: 9.48 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Siri "Berpetualang ke Aceh" adalah satu trilogi novel sejarah/travelog yang digarap berdasarkan pengalaman sebenar penulis Radzi Sapiee mengembara masuk seorang diri masuk ke Aceh Januari 2004, ketika ia sedang darurat dilanda perang antara puak pemisah GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dengan Tentera Nasional Indonesia. Perjalanan dibuat untuk menyusuri susur galur keturunan demi mendapatkan jawaban kepada beberapa persoalan yang melanda fikiran. Watak protagonis yang diberi nama Muhammad al-Aminul Rasyid pun dicipta berdasarkan sifat sebenar penulis yang merupakan lepasan University College of London dalam bidang Matematik tetapi kemudian menjadi wartawan dengan akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times di mana dia mula berjinak dengan dunia penulisan. Penceritaan disulam dengan berbagai pengalaman sebenar hidup penulis termasuk perkara-perkara pelik yang melibatkan mimpi dan hal berkaitan alam ghaib. *Buku III - Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?* ** *"Akan datang Panji-Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka umpama kepingan-kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka,hendaklah datang kepada mereka dan berbai'ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji."* * * *- Sabda Rasulullah SAW mengenai akhir zaman!* * * Setelah bertungkus lumus mencari jalan untuk melepasi sekatan oleh pihak tentera Rasyid akhirnya berjaya masuk ke Aceh. Namun masih ada banyak halangan lagi menunggu di wilayah yang sedang bergolak akibat perang antara puak pemisah GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dan Tentera Nasional Indonesia itu. Sambil pembaca dibawa mengikuti pengembaraan penuh cabaran, kenangan pahit yang menyebabkan Rasyid berhenti kerja sebagai wartawan di sebuah syarikat akhbar terkemuka pun disentuh. Penceritaan menjadi semakin kompleks apabila pelbagai hal mengenai mimpi mula dihurai sebagai cara untuk memahami apa yang berlaku dalam kehidupannya. Ini diikuti pengalaman kebatinan yang kelihatan tidak masuk akal tetapi amat penting untuk memahami sebab-musabab berlaku pergolakan dalaman jiwa yang menyebabkan Rasyid sentiasa ingin mengembara sambil cuba memahami kaitan segalanya dengan peristiwa akhir zaman.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan