Pendidikan Islam - Kaedah Pengajaran & Pembelajaran oleh Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri

Pendidikan Islam - Kaedah Pengajaran & Pembelajaran by Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
ISBN: 978-983-52-1322-9
Ukuran file: 6.06 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan terkini untuk menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walau bagaimanapun, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. perlu dijadikan asas dan rujukan. Ini kerana Baginda s.a.w. merupakan model terbaik yang mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak Islamiyyah. Tidak dinafikan kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas P&P yang perlu dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi, penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan. Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan, pemahaman, dan hafazan ayat al–Quran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah, sirah, tokoh dan tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan aspek ini mampu membentuk pelajar menjadi insan soleh. Buku ini diharap dapat dijadikan bahan bacaan, panduan dan rujukan kepada guru Pendidikan Islam di sekolah, guru pelatih yang sedang mengikuti program Pendidikan Islam, para pensyarah di institut pengajian tinggi atau maktab, dan seluruh warga guru agama yang menjadikan pendidikan sebagai wahana menyampaikan mesej dan ajaran Islam di Alam Melayu.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan