Maaf, Saya Tak Sengaja oleh Akira Dorayaki

Maaf, Saya Tak Sengaja by Akira Dorayaki from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Akira Dorayaki
Kategori: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-0907-81-9
Ukuran file: 1.79 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

“Tak guna punya Mat Bangla! Lu buat apa dalam kain gua, hah???” – Aina Cempaka “Adoi, sakitlah bongok!” – Faiz Iqbal “Lu jangan main-main sama wa. Nanti wa report sama polis baru lu tau!” –Aina Cempaka Kerana Mohsin punya angkara, itulah detik pertemuan Aina Cempaka dan Faiz Iqbal. Siapa sangka, Mat Bangla yang diherdik itu rupa-rupanya bakal majikannya. Pada hari pertama di tempat kerja baru, Aina Cempaka tak tahu mana nak sorok muka. Majalah juga jadi mangsa. “... resume kau dah ada kat dalam fail ni! Dahlah tu, tak payahlah nak cover muka kau tu lagi...” – Faiz Iqbal Faiz Iqbal memang selamba. “Encik Iqbal nak pecat saya ke?” – Aina Cempaka “Pecat? Kenapa pulak aku mesti pecat kau?” – Faiz Iqbal Dulu Faiz Iqbal menggeletar dengan perempuan cantik. Sebab itulah ramai sudah setiausahanya dipecat. Menggeletar??? Sebab Faiz Iqbal memang ada kisah silam. Dia trauma. Lantaran itu hidupnya bertemankan arak bagi menenangkan jiwa. Tuhan? Dia sudah lupa. Tapi dengan Aina Cempaka dia jadi selesa. Bukan sebab Aina Cempaka tak cantik tetapi ada debaran dalam dada yang mula bergema. Saat hati mula berbunga, rahsia lama tersingkap pula. Dialah sebenarnya parut berbekas itu. Kerana rasa bersalah, Aina Cempaka harus dijauhi. Namun, ketiadaan Aina Cempaka pula membuatkan hidupnya jadi tunggang-langgang. Faiz Iqbal lebih rela hidup gelandangan. Merempat di tepi jalan. Berat sangatkah rahsia yang tersimpan? “Saya minta maaf. Saya lelaki pengecut. Tak guna! Gagal jadi manusia. Saya hanya layak jadi parut dalam hidup awak, Aina Cempaka.” – Faiz Iqbal Mampukah Aina Cempaka memaafkannya? Bersatukah dua jiwa saat orang ketiga mula menggila?

Ulasan

MSXS
by Norita bt Hashim on May 01, 2019

best...berbaloi reserve...

maaf Saya tak sengaja
by Nor Azizah ramli on January 03, 2021

Jalan cerita best cuma watak hero mcm xpercaya pulak pernah jahat sampai mcm tu sekali. Dok Xdok si rashid p jual adik dia dh kenapa..huhu

Maaf, Saya Tak Sengaja
by on June 05, 2021

Mungkin kerana mengutamakan hal-hal duniawi menyebabkan pendidikan agama kurang dititikberatkan oleh keluarga angkat Faiz Iqbal. Membesar dengan akhlak yang buruk tetapi berubah akhirnya ke arah kebaikan. Banyak pengajaran dapat diambil dalam cerita ini cuma latar masa tidak dinyatakan secara terperinci mengenai umur watak yang sebenarnya. Apapun, membaca kisah ini semakin lama rasa semakin dramatik tetapi akhirnya hampir menjadi komedi. Paling lucu saat-saat pernikahan Rasyid..

Maaf, saya tak sengaja
by Rubina Abd Rahman on June 18, 2021

Jalan cerita best

MAAF SAYA TAK SENGAJA
by nabilla bakar on November 01, 2022

Jalan cerita best. tapi geram dkt heroin, macam baik sgt. sng je nak maafkan org. tp lumrah hidup, mmg ada manusia sebaik tu. hero pun berubah semakin baik. cuma kesian dgn mohsin. jauh dia terkandas. worth to read!

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan