Pengambilan Tanah Hak dan Panduan Pemilik Tanah oleh Anuar Alisd
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis:
Anuar Alisd
Kategori:
General Academics
ISBN:
978-967-488-069-9
Penerbit:
University of Malaya Press
Ukuran file:
2.02 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan menjamin hak pemilikan terhadap harta yang mana pelucutan harta hanya boleh dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang dan dengan memberikan bayaran pampasan yang mencukupi. Hal ini merupakan teras mengapa wujudnya Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memberikan kuasa sebagaimana kehendak Perlembagaan Persekutuan. Namun masih wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan pemilik tanah bahawa hasrat Perlembagaan itu tidak tercapai kerana pampasan yang diaward masih jauh dari mencukupi. Pemilik tanah sering kali menyatakan bahawa mereka berada dalam situasi yang lebih buruk selepas pengambilan berlaku. Benarkah Akta Pengambilan Tanah 1960 gagal untuk menangani isu pengambilan dan pampasan secara holistik? Buku ini cuba mengupas persoalan tersebut dari sudut pandangan pemilik tanah agar mereka lebih berpengetahuan akan hak mereka dalam isu pengambilan tanah. Buku ini disasarkan untuk tatapan umum dan sengaja direka bentuk berdasarkan pendekatan panduan/garis panduan bagi kegunaan semua yang terlibat atau ingin meningkatkan pengetahuan dalam isu pengambilan tanah. Antara objektif penulisan buku ini adalah untuk memahami prosedur dan proses pengambilan tanah di Malaysia dengan cara yang lebih mudah iaitu dalam bahasa yang senang difahami. Istilah-istilah perundangan yang khusus serta sukar difahami cuba dielakkan bagi memastikan semua pembaca dapat memahaminya. Namun begitu, matlamat utama buku ini adalah untuk meninjau sejauh manakah hak pemilik tanah dalam kes pengambilan tanah berdasarkan perundangan dan garis panduan sedia ada terutamanya Akta Pengambilan Tanah 1960. Elemen pampasan merupakan fokus utama yang menunjangi perbincangan buku ini. Umum mengetahui bahawa persoalan utama mengapa pemilik tanah tidak berpuas hati dengan pengambilan tanah disebabkan isu bayaran pampasan. Bayaran pampasan yang mencukupi dalam ruang lingkup akta akan dapat menyeimbangkan antara hak pemilik tanah, tuntutan dan batasan yang ditetapkan oleh undang-undang. Setiap pihak berhak mendapat penjelasan dalam isu yang kompleks ini.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.