Mengenal Kesederhanaan Kehidupan Nabi Muhammad SAW oleh Jannah Firdaus Mediapro

Mengenal Kesederhanaan Kehidupan Nabi Muhammad SAW by Jannah Firdaus Mediapro from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
ISBN: 9783962468934
Ukuran file: 3.04 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Baginda pernah bersabda: "Kekayaan yang hakiki adalah kekayaan iman dan dicerminkan dalam sifat qanaah.'' Bersifat qanaah bererti menerima ketentuan Allah dengan sabar, dan menarik diri daripada kecintaan kepada dunia. Iman, kesederhanaan dan qanaah adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Seorang mukmin akan bersikap sederhana dalam hidupnya, dan kesedehanaan itu ditunjukkan daripada sifat qanaahnya. Rasulullah SAW. bersabda: "Qanaah adalah harta yang tidak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap.'' Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.” (Riwayat Bukhari) Kehidupan Nabi Muhammad SAW sangat sederhana. Pada suatu hari Baginda sedang berehat di rumahnya sambil berbaring di atas tikar yang diperbuat daripada daun-daun tamar. Tiba-tiba, seorang sahabatnya yang bernama Ibn Mas`ud datang menziarahi Baginda. Oleh kerana pada masa itu Rasulullah tidak memakai baju, maka Ibn Mas`ud melihat bekas anyaman tikar itu melekat di tubuh Baginda. Melihat keadaan yang demikian, Ibn Mas`ud bersedih dan menitiskan air mata. Beliau berkata di dalam hatinya: Tidak patut seorang kekasih Allah, seorang pemimpin negara dan seorang panglima tentera hidup dengan cara demikian. Ibn Mas`ud pun berkata: "Ya Rasulullah, bolehkah saya membawakan tilam ke sini untuk Tuan?'' Rasulullah menjawab, "Wahai Ibn Mas`ud, apalah erti kesenangan hidup di dunia ini bagiku. "Hidup di dunia ini bagiku bagaikan seorang musafir dalam perjalanan jauh, lalu dia singgah sebentar berteduh di bawah pohon kayu yang rendang untuk berehat. Kemudian dia harus berangkat meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanan yang sangat jauh dan tidak berpenghujung.'' Sifat qanaah itu sangat dijunjung oleh agama. Nabi Muhammad SAW sentiasa menganjurkan supaya kita sentiasa berqanaah dalam kehidupan, yakni sentiasa merasa puas dan cukup dengan apa yang ada saja. Apa yang telah ditentukan oleh Allah dari rezeki sehari-hari, syukur dan alhamdulillah. Tetapi usaha mestilah diteruskan. Jangan sampai kita berdukacita akan kekurangan rezeki atau penderitaan hidup, kerana itu adalah bahagian kita yang telah ditakdirkan oleh Allah Ta’ala. Segala takdir dan ketentuan dari Allah Ta’ala itu ada hikmatnya. Dia Maha Mengetahui, Maha Adil lagi Bijaksana.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan