Ibarat Nyiur Gading: Raja Haji Yahya dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu Abad Ke-20 oleh Jelani Harun
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis:
Jelani Harun
Kategori:
General Academics
, History
ISBN:
978-967-461-213-9
Ukuran file:
12.76 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Pengarang masa silam meninggalkan banyak jasa dan bakti kepada bangsa, negara dan agama. Sewajarnyalah mereka diingati dan diberikan penghargaan yang setimpal dengan sumbangan yang telah diberikan. Buku ini merupakan hasil daripada penyelidikan penulis yang berorientasikan kaedah kajian luar yang banyak melibatkan kajian lapangan, terutama untuk mendapatkan maklumat lisan daripada para waris Raja Haji Yahya, atau keterangan lisan daripada informan yang mengetahui tentang sejarah hidup Raja Haji Yahya. Dalam usahanya itu, penulis turut meneliti manuskrip dan dokumen yang tersimpan di perpustakaan, arkib dan muzium di dalam dan di luar negara. Apakah maklumat yang berjaya diperolehi penulis tentang Raja Haji Yahya yang tidak banyak diketahui ramai? Besarkah peranan tokoh tersebut dalam memartabatkan bahasa dan sastera Melayu? Apakah sumbangan beliau dalam menyemai benih kecintaan anak bangsa terhadap warisan sejarah dan budaya? Di manakah kedudukan Raja Haji Yahya dalam sejarah kesusasteraan Melayu pada abad ke-20. Semua jawapan kepada soalan-soalan tersebut disusun rapi oleh penulis dalam buku ini!
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.