Islam, Pemuliharaan Hidupan Liar & Anda oleh Rosmidzatul Azila Mat Yamin, Abu Bakar Yang

Islam, Pemuliharaan Hidupan Liar & Anda by Rosmidzatul Azila Mat Yamin, Abu Bakar Yang from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Kategori: General Academics
ISBN: 978-983-2636-83-0x
Ukuran file: 42.31 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Pada hari ini didapati mutu alam sekitar semakin merosot sehingga mengakibatkan berlaku ketidakseimbangan ke atas kepelbagaian ekosistem baik ekosistem daratan mahupun laut. Natijahnya, ia turut memberi kesan yang besar ke atas spesies hidupan liar yang menghuninya sehingga sebahagian daripadanya semakin dihimpit dan diancam kepupusan. Keadaan ini menjadi kian meruncing apabila nafsu semakin beraja dalam diri manusia yang hanya mementingkan keuntungan ekonomi ekonomi semata-mata sehingga tergamak mengkhianati amanah Allah supaya melestarikan alam sekitar dan memelihara kelangsungan kepelbagaian hidupan di dalamnya. Justeru, buku ini diterbitkan dengan matlamat untuk memberi pemahaman dan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung kepentingan alam sekitar dan kepelbagaian spesies yang menghuninya yang setiap satu daripadanya memainkan peranan penting serta tersendiri dalam membantu menyeimbangkan ekosistem dan alam sekitar seluruhnya. Pendekatan Islam yang diketengahkan di dalam buku ini diharap dapat menyuntik dan memberi keinsafan kepada para pembaca yang seterusnya mampu mendorong perasaan masing-masing untuk lebih menghargai alam sekitar dan kepelbagaian spesies ciptaan Ilahi di atas muka bumi ini. Mudah-mudahan dengan keinsafan yang timbul dapat membentuk sebuah masyarakat yang bukan sahaja prihatin terhadap alam sekitar dan seluruh makhluk hidupan di dalamnya, bahkan juga berusaha memelihara dan menyelamatkan daripada sebarang bentuk  ancaman kemusnahan.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan