Pengurusan Hukum Syarak Menurut Perspektif Usul Fiqh Sumber Hukum Syarak Siri II oleh Selamat Hashim
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis:
Selamat Hashim
Kategori:
General Academics
, Lifestyle
, Islam
ISBN:
978-983-52-1611-4
Penerbit:
Penerbit UTM Press
Ukuran file:
2.81 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Buku Pengurusan Hukum Syarak Menurut Perspektif Usul Fiqh mengandungi tiga siri, iaitu Siri I: Hukum Syarak, Siri II: Sumber Hukum Syarak, dan Siri III: Kaedah Penetapan & Perundangan Hukum Syarak.
Siri II: Sumber Hukum Syarak yang mengandungi 12 bab ini membincangkan sumber yang menjadi pegangan ulama dalam menetapkan hukum syarak ke atas sesuatu perkara. Sebanyak 11 sumber hukum syarak, iaitu empat sumber yang disepakati dan tujuh sumber yang berbeza pandangan ulama mengenainya dimuatkan dalam siri ini.
Hukum fiqh pada awal perkembangannya adalah dalam bentuk hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Sumber hukum tersebut ialah al-Quran dan hadis. Pada zaman sahabat terdapat tiga sumber hukum fiqh, iaitu al-Quran, sunah, dan ijtihad para sahabat.
Semakin hari kawasan pemerintahan Islam semakin bertambah luas. Umat Islam mula berhadapan dengan perkara yang tidak mereka duga sebelum ini. Hal ini memaksa para mujtahid terus mengkaji. Perkembangan ini menjadikan bidang perundangan hukum fiqh semakin bertambah luas. Pada tahap perkembangan ini, hukum fiqh terdiri daripada tiga kumpulan, iaitu (i) hukum Allah dan Rasul-Nya, (ii) fatwa sahabat, dan (iii) fatwa para mujtahid. Sumber bagi hukum ini ialah al-Quran, sunah, ijtihad sahabat, dan ijtihad ulama mujtahid.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.