Jerai Geopark: Warisan Geologi, Geoarkeologi dan Biologi oleh Editor: Mokhtar Saidin & Ibrahim Komoo

Jerai Geopark: Warisan Geologi, Geoarkeologi dan Biologi by Editor: Mokhtar Saidin & Ibrahim Komoo from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
ISBN: 978-967-461-367-9
Ukuran file: 33.73 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Gunung Jerai dan kawasan sekitarnya yang berkeluasan 816 km persegi telah diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan pada Julai 2017 dengan nama Jerai Geopark. Maka, buku ini mengetengahkan keunikan dan keistimewaan warisan yang terdapat di Jerai Geopark yang mewakili warisan geologi, geoarkeologi, biologi dan budaya. Warisan geologi di Jerai Geopark mendedahkan bukti geologi tertua negara (Formasi Jerai) sama seperti yang terdapat di Langkawi Geopark (Formasi Machinchang) yang berusia sekitar 550 juta tahun dahulu. Bukti batuan Formasi Jerai ini bersama batuan Formasi Mahang (berusia sekitar 400 juta tahun dahulu), yang kemudiannya diterobos oleh granit Jerai pada 220 juta tahun dahulu, bersama landskapnya juga dapat dilihat melalui 24 geotapak dan 7 geotrail yang disenaraikan. Warisan geoarkeologi Jerai Geopark pula mendedahkan tamadun Kedah Tua yang bermula sejak 582 Sebelum Masihi. Buku ini menceritakan hubung kait penting antara masyarakat tamadun awal dengan landskap geologi Jerai. Warisan biologinya pula diwakili oleh Hutan Bakau Merbok dan Hutan Tropika Gunung Jerai. Kehidupan manusia sejak kurun ke-6 Sebelum Masihi telah meninggalkan pelbagai seni dan budaya tradisi yang unik di Jerai Geopark. Oleh itu, judul ini ditulis berdasarkan sumber bertulis dan laporan kerja lapangan dan merupakan hasil kajian ilmiah pertama tentang Jerai Geopark. Kekuatan isi dalam buku ini terletak pada kesahihan sumber yang digunakan serta dilengkapi rajah dan jadual bagi memudahkan pembaca memahami tentang perkara yang dibincangkan. Penerbitan buku ini akan memberikan sumbangan yang besar dalam bidang geopark dan pelancongan.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan