TOKSIK oleh Afiq Abruzzi

TOKSIK by Afiq Abruzzi from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul: TOKSIK
Penulis: Afiq Abruzzi
Kategori: General Novel
ISBN: 9789672328049
Penerbit: Buku Fixi
Ukuran file: 1.05 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Selamat Datang ke 21st Arena! Adakah anda pemenang bertuah ke-21 yang kami cari? Hidup atau mati? Menang atau kalah? Risiko yang tinggi tetapi pulangan ganjaran yang lebih tinggi sebanyak RM2.1 juta ringgit! Sila klik pada butang ‘YA’ untuk menerima tawaran ini. Satu e-mel yang diterimanya telah mengubah hidup Petra. Dari seorang pensyarah, dia tiba-tiba terperangkap dalam sebuah permainan gila bersama salah seorang pelajarnya, Fiona dan 11 peserta lain. Permainan yang pada mulanya disangka tidak berbahaya berubah menakutkan bila satu demi satu pesertanya mati. Hanya ada seorang yang akan meninggalkan 21st Arena itu dalam keadaan hidup bersama ganjaran lumayan yang dijanjikan. Yang menjadi pertaruhan adalah nyawa. Yang diperlukan adalah kebijaksanaan dan nasib. Nasib, kerana mereka perlu memilih untuk disuntik cecair asing yang akan mempengaruhi sistem tubuh. Seperti disuntik bahan toksik, cecair itu akan mengganggu pertimbangan dan akal waras masing-masing. Kawan atau lawan? Dengan siapa mereka akan berhadapan seterusnya?

Ulasan

Spoiler Alert
by nurannis juliana bt zamri on August 31, 2019

at first baca synopsis kulit buku, benda pertama fikir hunger game.. tapi dah namanya fixi kan, mustahil diterbitkan cerita klishe dan plagiat, so i thought why not bagi peluang kepada penulis menyampaikan apa yg dia bygkan.. dah smpai pertengahan pembacaan, then baru perasan yg novel ini mcm cerita liar game versi japan dgn sedikit elemen yg diubah suai dan diakhir pembacaan novel ini, dia tamatkan dgn salah satu babak atau elemen klimaks dalam what wrong with secretary kim versi korea... pengakhiran yg xdijangka dan tidak difahami.. pengunaan gaya bahasa yg terlampau tinggi membuatkan sakit kepala utk difahami, pelbagai alatan canggih diterapkan sampai tidak dibayangkan... paling syg dlm novel ini sbb pengakhiran langsung tak faham (for me lah)... apapun, tahniah kepada penulis sbb berjaya siapkan manuskrip dan novel ini.. suatu pencapaian yg membanggakan..

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan