The Lost World oleh Helmi Effendy

The Lost World by Helmi Effendy from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Helmi Effendy
Kategori: True Crime
ISBN: 978-967-446-028-0
Ukuran file: 7.61 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Siapa sangka, percutian para pelajar Universiti Tun Dr. Mahathir ke Langkawi untuk menyiapkan assignment dirundung malang besar. Pesawat Boeing 777-300ER, penerbangan MH707 yang dinaiki mereka terhempas di sebuah pulau misteri. Afiq Zaki, Tengku Nizariff dan Ummu Habibah, tiga orang sahabat baik antara penumpang pesawat itu. Siapa sangka, pulau itu menyimpan seribu misteri yang menanti untuk dibongkarkan mereka yang terselamat daripada nahas besar itu. Entah kenapa juga, tiada satu pun pesawat penyelamat yang tiba untuk menyelamatkan mereka daripada kegilaan ini. Akhirnya memaksa mereka untuk meneroka dan menggunakan segala kemahiran ikhtiar hidup untuk kekal hidup. Di setiap inci pulau misteri itu, makhluk dari zaman prasejarah menanti mereka. Mampukah mereka keluar dari situ hidup-hidup? Siapakah yang akan terkorban nanti dalam menempuhi cabaran sebesar itu? Siapa pula yang akan mengorbankan diri demi menyelamatkan insan yang disayangi?

Ulasan

THE LOST WORLD
by MUHAMAD FARIS AIMAN BIN JAAFAR on January 07, 2018

Sebuah karya yang sangat menarik. Persahabatan, kasih sayang, pengorbanan, kepercayaan dll jelas terpancar. Namun kekurangan element keagamaan...

Best
by Nur Izzati on May 26, 2022

suka elemen zaman prasejarah dalam kisah ni. scene aksi pun banyak dan seronok cumanya elemen romantik tu macam melampau sebab banyak pergaduhan semata-mata kerana cemburu. Tapi overall menarik untuk dibaca.

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan