Mr Hot Guy oleh Danisha Rahmat
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul:
Mr Hot Guy
Penulis:
Danisha Rahmat
Kategori:
General Novel
ISBN:
9789670870175
Penerbit:
Penerbitan Anaasa PLT
Ukuran file:
1.16 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh
tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa
sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang serupa pacat menghisap
darah. “Kalau I berjaya pikat dia, you nak buat apa?” “I tinggalkan you” “Tapi kalau you gagal pikat dia,
you kena kahwin dengan I.” Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah
si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang
bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu.Wajib
mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata. “Hai… Saya Luqman Hakimi. Boleh berkenalan? Nama siapa eh?” “Kalau saya bagi tahu nama saya, kenapa? Cik abang nak buat apa?” “Saja nak berkenalan. Boleh, cik adik?” “Boleh… Tapi ada syarat.” “Apa syaratnya?” “Baca Surah al-Fatihah lengkap dengan fasihahnya.” Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond Kaedah kedua Hugs and Kisses Kaedah ketiga Sleep tight Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam
pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga. “Rasakan bos jahat! Bos gatal! Bos gila!!” Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adiksayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula. Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?
Ulasan
dragged
by on February 22, 2021
pening kpla bca novel ni...
Mr Hot Guy
by Ahmad Nizam on May 25, 2022
Terbaik..Kena tengok drama baru faham jalan cerita novel ni..walaupun drama agak lari sikit tapi best..apa2 pun terbaik..?# lelakiitupemilikhatiku
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.