Pelita Di Bawah Purnama oleh Adnil Zaff

Pelita Di Bawah Purnama by Adnil Zaff from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Adnil Zaff
Kategori: General Novel
ISBN: 9789671289266
Ukuran file: 1.06 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

“Lepas kau tinggalkan aku, aku tak pernah harap apa-apa lagi daripada kau. Aku tak pernah termimpi kau akan kembali untuk tunaikan segala janji kau dulu. Apatah lagi kahwin dengan kau. Ini semua mengarut!” “Kahwin dengan Rynn itu adalah pilihan abang. Bukan paksaan sesiapa. Keputusan yang abang buat datang daripada pemikiran abang sendiri. Ini bukan mengarut. Ini kenyataan. Abang tak mahu kita berdua lari dari kenyataan lagi. Lapan tahun dah terlalu lama untuk abang melarikan diri, Rynn.” Lapan tahun berlalu. Lapan tahun melakar cerita mereka sendiri. Apa yang ada sebelum lapan tahun itu indah. Namun akhirnya atas kekhilafan Aryan, lapan tahun itu mencatat duka yang amat panjang. Qairynn dan Aryan semenjak kecil mereka hidup berjiran dan bersahabat. Keakraban mereka seperti adik dan abang. Apa sahaja mereka tempuhi bersama. Namun, entah bagaimana cerita duka merempuhi mereka. Semuanya bermula apabila Maya rakan sebaya Aryan tiba-tiba mencelah peluang di antara Aryan dan Qairynn. Dalam diam, Maya rupanya sudah lama menyimpan rasa kepada Aryan. Setelah mendekati lelaki itu, cintanya mula bersambut. Terjalinnya hubungan Maya dan Aryan bermakna rebahlah keakraban Aryan dan Qairynn. Dek kerana cemburu dan tamak, Maya mencucuk jarum hubungan Aryan dan Qairynn. Sehingga akhirnya, Aryan melakukan satu kesilapan yang memberi natijah yang amat besar kepada Qairynn. Kehilangan orang-orang yang disayangi tidak mudah untuk dilalui Qairynn. Jiwanya terbang ke angkasa mencari semula apa yang hilang. Namun kehilangan kekal abadi itu tidak mungkin akan berganti. Qairynn nanar meneruskan hidup dalam kepahitan. Kesakitan yang dialaminya semakin tepu. Sehingga akhirnya, dendamnya mula bangkit kepada Aryan. Lapan tahun mereka berdua berpisah. Cerita demi cerita terlakar. Aryan pulang juga ke tanah air. Namun mudahkah untuk dia mendapat maruahnya semula? Sudah tentulah tidak. Kebencian Qairynn bagaikan tidak bertebing kepada lelaki itu. Tiada maaf yang mampu dihulurkan. Namun Aryan tidak pernah berputus asa untuk meraih Qairynn semula. Biarpun dia sedar terlalu besar khilafnya sehingga membuatkan Qairynn hilang jiwa. Dia sudah berjanji untuk mengembalikan Qairynn kepada yang asal. Penghujung kisah ini sudah pastinya bahagia. Namun antara Maya dan Qairynn, mereka ibarat pelita dan purnama kepada Aryan. Yang mana purnama itu indah namun cahayanya susah untuk digapai. Manakala pelita itu, walaupun tidak seindah purnama, namun cahayanya hanya buat Aryan seorang. Hakikat itulah yang membuatkan Aryan tega biarpun Qairynn sekadar pelita itu. “Lepas kau tinggalkan aku, aku tak pernah harap apa-apa lagi daripada kau. Aku tak pernah termimpi kau akan kembali untuk tunaikan segala janji kau dulu. Apatah lagi kahwin dengan kau. Ini semua mengarut!” “Kahwin dengan Rynn itu adalah pilihan abang. Bukan paksaan sesiapa. Keputusan yang abang buat datang daripada pemikiran abang sendiri. Ini bukan mengarut. Ini kenyataan. Abang tak mahu kita berdua lari dari kenyataan lagi. Lapan tahun dah terlalu lama untuk abang melarikan diri, Rynn.” Lapan tahun berlalu. Lapan tahun melakar cerita mereka sendiri. Apa yang ada sebelum lapan tahun itu indah. Namun akhirnya atas kekhilafan Aryan, lapan tahun itu mencatat duka yang amat panjang. Qairynn dan Aryan semenjak kecil mereka hidup berjiran dan bersahabat. Keakraban mereka seperti adik dan abang. Apa sahaja mereka tempuhi bersama. Namun, entah bagaimana cerita duka merempuhi mereka. Semuanya bermula apabila Maya rakan sebaya Aryan tiba-tiba mencelah peluang di antara Aryan dan Qairynn. Dalam diam, Maya rupanya sudah lama menyimpan rasa kepada Aryan. Setelah mendekati lelaki itu, cintanya mula bersambut. Terjalinnya hubungan Maya dan Aryan bermakna rebahlah keakraban Aryan dan Qairynn. Dek kerana cemburu dan tamak, Maya mencucuk jarum hubungan Aryan dan Qairynn. Sehingga akhirnya, Aryan melakukan satu kesilapan yang memberi natijah yang amat besar kepada Qairynn. Kehilangan orang-orang yang disayangi tidak mudah untuk dilalui Qairynn. Jiwanya terbang ke angkasa mencari semula apa yang hilang. Namun kehilangan kekal abadi itu tidak mungkin akan berganti. Qairynn nanar meneruskan hidup dalam kepahitan. Kesakitan yang dialaminya semakin tepu. Sehingga akhirnya, dendamnya mula bangkit kepada Aryan. Lapan tahun mereka berdua berpisah. Cerita demi cerita terlakar. Aryan pulang juga ke tanah air. Namun mudahkah untuk dia mendapat maruahnya semula? Sudah tentulah tidak. Kebencian Qairynn bagaikan tidak bertebing kepada lelaki itu. Tiada maaf yang mampu dihulurkan. Namun Aryan tidak pernah berputus asa untuk meraih Qairynn semula. Biarpun dia sedar terlalu besar khilafnya sehingga membuatkan Qairynn hilang jiwa. Dia sudah berjanji untuk mengembalikan Qairynn kepada yang asal. Penghujung kisah ini sudah pastinya bahagia. Namun antara Maya dan Qairynn, mereka ibarat pelita dan purnama kepada Aryan. Yang mana purnama itu indah namun cahayanya susah untuk digapai. Manakala pelita itu, walaupun tidak seindah purnama, namun cahayanya hanya buat Aryan seorang. Hakikat itulah yang membuatkan Aryan tega biarpun Qairynn sekadar pelita itu.

Ulasan

Pelita Di Bawah Purnama
by Fariha Mustapha on March 24, 2020

Fokus2 nak habiskan novel ni. Teruskan menulis novel yg menarik..

PDBP
by puteri nurfatisha binti megat rosidi on July 25, 2020

best huhu sedihh T.T tktau la bila baca tu terus rasa apa yg aryan dgn rynn rasa smpai menangis terbawa emosi maybe sbb dgr lagu skali time baca idk sbb before this ada cerita yg lagi sedih tpi tkdk la smpai terkeluar air mata hmm suka sgt novel ni kalau ada jual dekat kedai buku lagi mmg cari! beli! wlpn dh baca sbb tk puas rasa tk dpt pegang buku rasa incomplete apa2 pon good work author btw benci gila dgn maya i hate her sooo much

pelita dibawah purnama
by Nor Azizah ramli on January 01, 2021

kisah Cinta Dari kecik smpai dewasa.. finally kawin juga

Cerita Menarik
by anafati on January 24, 2021

Tak pernah mengecewakan pembaca!

PdBP
by Norita bt Hashim on March 17, 2021

best

worth it to kill time!
by on June 26, 2021

best sangat. bila part kelakar. mmg tk boleh nak bergenti gelak.

Pelita di Bawah Purnama
by Siti Aisyah on December 09, 2023

fuhh, menarik jalan cerita novel ni. Kisah Aryan dan Qairyyn yang sbnrnya saling cinta satu sama lain tapi kesilapan Aryan menjadikan Qairyyn terhimpit dengan pelbagai masalah. Qairynn sejak peristiwa tu dah jadi seorang yg berbeza. No more love dekat Aryan (sbbrnya masih sayang tapi tula). Aku suka gila tgk Aryan punya kesabaran mlyn Qairyyn masa diorang dah dikahwinkan. Emosi aku terbawa2 bila baca novel ni. Novel Adnil Zaff/Fadzlyn Ridz memang best..nak cari novel dia..

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan