“Lepas kau tinggalkan aku, aku tak pernah harap apa-apa lagi daripada kau. Aku tak
pernah termimpi kau akan kembali untuk tunaikan segala janji kau dulu. Apatah lagi kahwin
dengan kau. Ini semua mengarut!”
“Kahwin dengan Rynn itu adalah pilihan abang. Bukan paksaan sesiapa. Keputusan
yang abang buat datang daripada pemikiran abang sendiri. Ini bukan mengarut. Ini
kenyataan. Abang tak mahu kita berdua lari dari kenyataan lagi. Lapan tahun dah terlalu
lama untuk abang melarikan diri, Rynn.”
Lapan tahun berlalu. Lapan tahun melakar cerita mereka sendiri. Apa yang ada sebelum lapan
tahun itu indah. Namun akhirnya atas kekhilafan Aryan, lapan tahun itu mencatat duka yang
amat panjang.
Qairynn dan Aryan semenjak kecil mereka hidup berjiran dan bersahabat. Keakraban mereka
seperti adik dan abang. Apa sahaja mereka tempuhi bersama. Namun, entah bagaimana cerita
duka merempuhi mereka.
Semuanya bermula apabila Maya rakan sebaya Aryan tiba-tiba mencelah peluang di antara
Aryan dan Qairynn. Dalam diam, Maya rupanya sudah lama menyimpan rasa kepada Aryan.
Setelah mendekati lelaki itu, cintanya mula bersambut. Terjalinnya hubungan Maya dan
Aryan bermakna rebahlah keakraban Aryan dan Qairynn. Dek kerana cemburu dan tamak,
Maya mencucuk jarum hubungan Aryan dan Qairynn. Sehingga akhirnya, Aryan melakukan
satu kesilapan yang memberi natijah yang amat besar kepada Qairynn.
Kehilangan orang-orang yang disayangi tidak mudah untuk dilalui Qairynn. Jiwanya terbang
ke angkasa mencari semula apa yang hilang. Namun kehilangan kekal abadi itu tidak
mungkin akan berganti. Qairynn nanar meneruskan hidup dalam kepahitan. Kesakitan yang
dialaminya semakin tepu. Sehingga akhirnya, dendamnya mula bangkit kepada Aryan.
Lapan tahun mereka berdua berpisah. Cerita demi cerita terlakar. Aryan pulang juga ke tanah
air. Namun mudahkah untuk dia mendapat maruahnya semula? Sudah tentulah tidak.
Kebencian Qairynn bagaikan tidak bertebing kepada lelaki itu. Tiada maaf yang mampu
dihulurkan. Namun Aryan tidak pernah berputus asa untuk meraih Qairynn semula. Biarpun
dia sedar terlalu besar khilafnya sehingga membuatkan Qairynn hilang jiwa. Dia sudah
berjanji untuk mengembalikan Qairynn kepada yang asal.
Penghujung kisah ini sudah pastinya bahagia. Namun antara Maya dan Qairynn, mereka
ibarat pelita dan purnama kepada Aryan. Yang mana purnama itu indah namun cahayanya
susah untuk digapai. Manakala pelita itu, walaupun tidak seindah purnama, namun cahayanya
hanya buat Aryan seorang. Hakikat itulah yang membuatkan Aryan tega biarpun Qairynn
sekadar pelita itu.

Ulasan
Pelita Di Bawah Purnama
by Fariha Mustapha on March 24, 2020
Fokus2 nak habiskan novel ni. Teruskan menulis novel yg menarik..
PDBP
by puteri nurfatisha binti megat rosidi on July 25, 2020
best huhu sedihh T.T tktau la bila baca tu terus rasa apa yg aryan dgn rynn rasa smpai menangis terbawa emosi maybe sbb dgr lagu skali time baca idk sbb before this ada cerita yg lagi sedih tpi tkdk la smpai terkeluar air mata hmm suka sgt novel ni kalau ada jual dekat kedai buku lagi mmg cari! beli! wlpn dh baca sbb tk puas rasa tk dpt pegang buku rasa incomplete apa2 pon good work author btw benci gila dgn maya i hate her sooo much
pelita dibawah purnama
by Nor Azizah ramli on January 01, 2021
kisah Cinta Dari kecik smpai dewasa.. finally kawin juga
Cerita Menarik
by anafati on January 24, 2021
Tak pernah mengecewakan pembaca!
PdBP
by Norita bt Hashim on March 17, 2021
best
worth it to kill time!
by on June 26, 2021
best sangat. bila part kelakar. mmg tk boleh nak bergenti gelak.
Pelita di Bawah Purnama
by Siti Aisyah on December 09, 2023
fuhh, menarik jalan cerita novel ni. Kisah Aryan dan Qairyyn yang sbnrnya saling cinta satu sama lain tapi kesilapan Aryan menjadikan Qairyyn terhimpit dengan pelbagai masalah. Qairynn sejak peristiwa tu dah jadi seorang yg berbeza. No more love dekat Aryan (sbbrnya masih sayang tapi tula). Aku suka gila tgk Aryan punya kesabaran mlyn Qairyyn masa diorang dah dikahwinkan. Emosi aku terbawa2 bila baca novel ni. Novel Adnil Zaff/Fadzlyn Ridz memang best..nak cari novel dia..
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.