1313: Sulu Menangis oleh Dhuha Steffa
Ringkasan
Ulasan
Simunul, Semporna, Tanduo,Lahad Datu, Sabah. Masih ingat lagi kes ni. Time tu mmg takut sgt nk keluar. Sulu nak ambil Sabah. Aih. Hampir2 saja org Sabah ada Sultan. Kesan dari pencerobohan ni masih boleh nampak buktinya di Semporna. Kesian. Suka sgt dgn watak Azali yg nak bagi fhm cerita ni sama murid2. Terbaik. Terima kasih hero2 ketika itu. Jasa anda sentiasa dalam ingatan. Nak tekankan lagi, Sabah dan Sarawak adalah salah 1 negeri di Malaysia. Bukannya berdiri sendiri ok.
Buku ini membawa sya 'merasai' situasi cemas pada waktu tragedi berdarah di lahad datu berlaku. Kisah benar yg dinovelkan sampai. Tulisan yang bagus. Rasa bersyukur sgt sebab Sabah tetap merdeka dan tidak diambil oleh Sulu. Buku ini berbaloi dijadikan catatan kenangan dan rujukan ringan tentang peristiwa penting 1 Mac 2013 tersebut.
Penceritaan yang sangat baik mengingatkan kita dengan jasa-jasa para perwira yang berkorban untuk mempertahankan negara
Naskah Yang sangat menarik. membawa pembaca menyelusuri Dan merasai sendiri kejadian Yang menggemparkan serta mengharukan negara dengan tragedi yang telah mengorbankan anggota keselamatan negara Dalam mempertahankan kedaulatan Sabah khas Dan Malaysia umumnya. wajib dibaca seluruh warganegara Malaysia...
Alhamdulillah, buku yang saya cari selama ini akhirnya jumpa. Kisah yang diceritakan amatlah mudah di fahami, sedikit sebanyak kisah ini memahatkan lagi perasaan cinta akan negara dalam diri saya bahkan dalam diri sesiapa yang membaca buku ini! Sultan sulu adalah nama yang kerap mendarat di telinga saya namun tidak memahami akan siapa dan apa kehendak 'orang itu' . Namun, habis membaca buku ini, sya serba sedikit tahu berkenaan sultan sulu. Apa pun yang menimpa negara kita, ada hikmah dan pengajaran . semoga Allah limpahkan keamanan dalam negara tercinta kita Malaysia Dan untuk perwira negara yang terkorban, Allah saja yang mampu membalas jasa murni kalian semoga kalian di tempatkan di syurga Allah kerana gugur sebagai para syuhada.
aku turut menangis membayangkan nasib mereka di sana ketika itu
Salah satu buku yang amat baik. Saya seorang tentera dan saya dapat melihat melalui sudut pandangan orang awam. Terima kasih atas penerbitan buku ini. saya amat menghargai apa yang ditulis...
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.