Audit Komunikasi Organisasi oleh Rosli Mohammed
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul:
Audit Komunikasi Organisasi
Penulis:
Rosli Mohammed
Kategori:
General Academics
ISBN:
978-967-2210-68-9
Penerbit:
UUM Press
Ukuran file:
2.99 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Buku ini digarap oleh penulis bagi tujuan menyediakan panduan pada para pelajar, perunding, pengurus serta pengamal komunikasi dalam membuat penilaian terhadap amalan sistem komunikasi dalam sesebuah organisasi. Ianya melibatkan kaedah dalam penilaian amalan komunikasi yang diamalkan oleh organisasi dalam menjalinkan hubungan serta penyaluran maklumat pada publik dalaman serta luaran organisasi.
Panduan yang diperihalkan dalam buku ini bersesuaian dengan amalan pengelolaan aktiviti kerja dalam semua organisasi awam, swasta dan organisasi sukarela di Malaysia. Kandungan dalam buku ini tidak hanya menceritakan konsep tetapi melibatkan aplikasi serta kajian kes bagi tujuan membentuk kemahiran pengamal dalam memilih kaedah yang bersesuaian dalam menilai keberkesanan serta kecekapan pengurusan organisasi dalam melaksanakan amalan komunikasi yang memenuhi citarasa pelanggan.
Buku ini banyak membincangkan mengenai kaedah serta langkah-langkah dalam menilai keberkesanan kempen, penggunaan teknologi komunikasi, jalinan rangkaian organisasi, kaedah diagnosis amalan komunikasi yang merangkumi pelbagai kaedah kuantitatif serta kualitatif. Berbanding dengan buku-buku lain, buku ini memberi kesempatan pada pembaca untuk menilai keberkesanan serta kecekapan pengurusan jalinan hubungan serta kualiti maklumat yang disalurkan pada persekitaran dalaman dan luaran organisasi.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.