Romantika 4 Hari 3 Malam oleh Wizana Emilia

Romantika 4 Hari 3 Malam by Wizana Emilia from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Wizana Emilia
Kategori: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2185-82-6
Ukuran file: 1.67 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Lana Analia… memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai. Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu. “Jangan lupakan saya!” – Amar “Tak mungkin!” – Lana “Janji?” – Amar “Janji!” – Lana “Awak jangan tipu tau. Awak janji kat atas awan ni!” – Amar “Ya! Tak tipu! Saya janji kat atas awan!” – Lana Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan. Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?

Ulasan

Boleh Tahan
by Niess Aziz on March 05, 2021

Jalan cerita ok..sweet2 sahaja.bahasa yang digunakan penulis agak puitis..tak sabar nak tunggu pengakhirannya..nasib baik happy ending

Romantik
by Farrhani Ain Mohamed on June 03, 2021

Boleh dibaca akan tetapi penceritaan agak bosan. Tiba2 begitu. Baca lepas adaptasi di tv. Nasib drama dapat digambarkn dr novel ni.

Keliru
by Nor Hazirah Ishak on January 09, 2022

Mmg keliru baca novel ni, biasa saja bagi saya. Tak ada yg menarik sgt.

Simple yet sweet
by bellachan on October 13, 2022

Kisah yang simple dan manis. Tak meembosankan sepanjang pembacaan.

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan