Misi Menjadi Minimalis oleh Dr Noor Hayati Yasmin
Ringkasan
Ulasan
Menjadi panduan kepada orang bujang atau pasangan yang tidak mempunyai ramai anak dan hidup di bandar. Bagi individu yang tinggal di kampung kebiasaannya suka meraikan tetamu. Mereka memerlukan lebih ruang atau perabut dan lain-lain keperluan.Begitu juga dengan ibu bapa yang mempunyai anak ramai.
Rasa sukar mahu menjadi minimalis. Tetapi dengan ilmu dan pencerahan daripada penulis, ia mungkin dapat diusahakan. Benar katanya, menjadi minimalis hati lapang dan tenang. Kita dapat fokus kepada perkara yang lebih utama seperti ibadah. Namun, ia memerlukan sokongan daripada ahli keluarga. Bukan mudah mahu memulakan dan mengekalkan konsep ini. Bagi yang ingin memulakan minimalis dalam hidup, penulis berkongsi panduan yang berguna. Misalnya mulakan dahulu dengan mengemas beg kerja anda. Mudah dan praktikal. Ada banyak lagi ilmu di dalam buku ini. Sebuah bacaan bermanfaat.
Sangat sesuai dijadikan azam tahun baru 2023 saya memandangkan pening dengan keadaan rumah yang semakin semak
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.