Lelaki Itu Dan Pesonanya oleh Aulia Iman
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul:
Lelaki Itu Dan Pesonanya
Penulis:
Aulia Iman
Kategori:
General Novel
, Romance
ISBN:
9789671644911
Penerbit:
BONA BACA PUBLICATION
Ukuran file:
1.03 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Maira Irsa, dia gadis jelita, tetapi sedikit angkuh dan menyombong diri. Kata Maira, tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini. Maka, dialah salah seorang manusia yang dinyatakan.
Bencinya pada Firhad datang daripada hati yang disakiti. Salah Firhad juga, tidak kena pada cara. Sudah tentu ada hati yang luka tanpa disengajakan.
Demi memuaskan kehendak, Maira memaksa Firhad menjadi suaminya tanpa cinta.
“Urusan apa ni, Maira?- Firhad
“Urusan berkaitan perkahwinan kita! Tadi saya dah cakap, awak kena kahwin dengan saya!”- Maira
Pada Maira, sebaik sahaja dia beroleh sesuatu yang diinginkan daripada Firhad, pasti lelaki itu akan ditinggalkan begitu sahaja.
Itu tekad dan dendam seorang gadis yang kering hatinya.
Namun satu persatu cubaan untuk menjatuhkan Firhad bertemu jalan buntu.
Waktu berlalu, dendam Maira masih samar-samar. Jalan untuk melunaskan matlamat jahatnya bagai dipenuhi onak dan duri.
Lelaki itu pula masih dengan pesonanya. Dia yang membenci seakan tewas dengan perasaan sendiri.
Bagi Firhad pula, tarikh perkahwinan yang diatur, semakin hampir. Pada waktu yang bersisa Firhad masih menanti petunjuk untuk meneruskan perkahwinan atau membiarkan sahaja Maira dengan kehendaknya. Dia keliru! Dia ragu!
Lantas, keraguan itu membawa dirinya pergi mencari jawapan untuk persoalan yang belum berjawab. Sewaktu dia beroleh jawapan yang diinginkan, Maira pula sudah mengundur diri.
“ Baru dua minggu saya pergi, dua minggu yang sekejap itu hati awak berubah?!”- Firhad
“Kalau dulu mungkin saya terhegeh-hegeh nak kahwin dengan awak, sanggup malukan diri sendiri dengan keputusan bodoh, dan kali ini saya takkan ulangi kesilapan serupa.”- Maira
Bagaikan satu garis panjang, Firhad sudah berlari menuju ke garisan penamat, namun Maira yang hampir bergelar juara, sudah menghentikan langkah lalu berpaling meninggalkan perlumbaan yang masih belum berakhir.
Adakah Firhad hanya membiarkan Maira pergi? Atau membawa gadis itu mengakhiri perlumbaan bersama-sama dengannya?
Mampukah kasih bersemi saat dua jiwa berbeza rasa? Semuanya bakal terjawab dalam naskah Lelaki Itu Dan Pesonanya.
Ulasan
LIDP
by norhasliza binti yusoff on July 30, 2022
Best..worth to read
Bacaan Santai
by SITI RODZIAH BINTI ISMAIL on November 24, 2022
Bacaan Santai dipinjam dari -Perpustakaan Sultan Ismail (e-Reader) Bacaan santai ketika menunggu & menaiki kenderaan awam. Dialog/nukilan yang menarik...
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.