Untukmu Cinta oleh Dr Evelyn Rose

Untukmu Cinta by Dr Evelyn Rose from  in  category
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Judul: Untukmu Cinta
Penulis: Dr Evelyn Rose
Kategori: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-17923-0-8
Ukuran file: 2.89 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Pertemuan kali pertama antara Orkid dan Datuk Ir Arman, membuatkan Arman tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang berborak dengan kupu-kupu di tengah taman ? Gadis misteri yang mencuit hati Arman yang sudah lama dingin dan pesimis dengan wanita. Orkid binti Abdullah, satu watak yang begitu naif dan hatinya bak berlian yang sukar untuk dinilai oleh mata kasar. Rela berkorban asalkan orang yang dia sayang bahagia walaupun jiwanya tersakiti. Orkid, seperti namanya, lembut tapi kuat dalam menghadapi cabaran hidup. Arman, pengalaman hidupnya yang penuh liku dan derita buatkan dia sangsi pada wanita dan sepi dalam hidup. Walaupun diuji dengan masalah keluarga dan sebatang kara dari awal usia, dia terus meneruskan kehidupan. Bersangka baik dengan Tuhan sehingga dia berjaya mencipta nama. Walaupun Arman punyai segalanya, harta, ilmu, pangkat dan rupa, dia dikenali sebagai lelaki bengis yang tidak betah berada di samping perempuan. Lelaki garang yang digeruni ramai, itulah Datuk Ir Arman. Hidupnya penuh misteri tanpa ramai yang mengetahui siapa Arman sebenarnya. Pertemuan kali kedua antara Arman dan Orkid membuatkan jantung kedua-duanya berdegup kencang. Kelembutan gadis bernama Orkid dan ilmu yang dimiliknya membuatkan Arman kagum dengan gadis itu. Kehadiran Orkid mencuit nalurinya walaupun hakikatnya, Orkid adalah di antara ketua pergerakan yang membantah projek pembinaan empangan terbesar di Malaysia yang dikendalikan oleh syarikat Arman. Dalam diam Arman merahsiakan siapa dirinya daripada pengetahuan Orkid. Menyatakan dia adalah orang biasa, gadis itu didekati dalam diam. Apabila Orkid jelas menolak, Arman mula mengundur diri. Pada Orkid, hatinya sudah dimiliki. Walaupun cintanya tidak berbalas namun dia sanggup menjadi pungguk yang menunggu rembulan. Namun, takdir membawa kedua-duanya bertemu kembali… 'Adakah ini cinta atau kegilaan untuk memilik?' - Arman 'Adakah ini suratan atau kebetulan? Kalau suratan, siapakah orangnya Ya Allah ? Ramadhan atau Arman? ' - Orkid

Ulasan

Untukmu Cinta
by Normewani Rashid on September 04, 2020

Best and I enjoy. When your new book will be out. Can wait to read it. Good job

Bila baca tak boleh nak stop
by Ihana on September 19, 2020

Bila penulis membuat research sebelum menulis. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi. My favorite author

Untukmu Cinta
by Dayang Ayrranne Md Noor on September 29, 2020

novel yang ditunggu2 dari novelis ni, memang xmengecewakan karya yg dihasilkan.. jalan cerita yang baik.. terbaikkk

Awesome
by Nor Safikah on October 14, 2020

Tak menyesal beli buku ni.byk ilmu yg diterapkan.buatkan saya sebagai pembaca nak jd mcm orkid.serious tak rugi beli.

Untukmu Cinta
by Ixora Riana on November 13, 2020

Superb! Jalan cerita yg penuh dgn ilmu dan terselit pengajaran juga. Aku jarang jumpa novel penuh educated macam ni. Penulis juga rajin selitkan ilmu tentang herba dan lain² secara terperinci. Dan paling aku suka nasihat imam sebelum nikahkan Orkid dan Arman tu. Part tu mgkn novelis lain ada selitkan sekali. Aku bg 4.9 bintang utk novel ni. Kurang 0.5 bintang sbb sikap Orkid yg terlebih naif dan percayakan Zara sedangkan dia tau perangai Zara tu macam mana. Cemas macam mana pn, pls dptkan izin Arman dulu sblm dia ke Sarawak tu. Atau at least inform Razak atau mana2 staff pengurusan tertinggi sblm dia terus fly pegi sana sorang diri. Mujur Orkid selamat. Kalau takde siapa jumpa, mati dah Orkid dlm hutan tu sorang2. Haa, nk tau apa jd part ni korang kena baca Untukmu Cinta! ;)

Seronok
by frwzh on August 14, 2021

1 lg buah tgn dari penulis evelyn rose. Best! Novel romantik yg berilmu

untuk mu cinta
by norhasnah on June 04, 2022

best!!!

Untukmu Cinta
by Bluebell Cattleya on March 05, 2023

Full of knowledge dan jalan cerita yang tidak membosankan!

Untukmu Cinta Dr Evelyn Rose
by asmaamirahwakari on November 25, 2023

8/10 best mantap! Bkn hanya kisah cinta semata-mata, dpt byk ilmu..nmpak la penulis ini sgt berilmu... Byk kajian bkn sebarang novel i likeee! Recommended!

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan