Busa Polimer: Ramuan dan Teknik Pemprosesan oleh Zulkifli Mohamad Ariff, Zunaida Zakaria, Nor Nadirah Najib, Siti Salmi Samsudin
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Kategori:
General Academics
, Science
ISBN:
978-967-461-421-8
Penerbit:
PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Ukuran file:
10.93 MB
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Ringkasan
Busa Polimer: Ramuan dan Teknik Pemprosesan menghimpunkan hasil penyelidikan busa polimer yang telah dilaksanakan oleh penulis yang merangkumi pengenalan prinsip busa polimer, ramuan penyebatian, teknik pembusaan, pencirian sifat dan penggunaan busa polimer dalam bidang-bidang terpilih. Antara kelebihan buku ini ialah:
· Memberi pendedahan dan maklumat tentang kajian busa termoplastik (LDPE, LLDPE dan EVA), busa getah (SMRL, EPDM dan ENR-25) dan busa termoset.
· Menggunakan pendekatan penyampaian yang menjurus ke arah penghasilan busa polimer secara pembusaan kimia yang melibatkan keperluan proses sambung silang bahan polimer yang digunakan.
· Memperincikan prinsip asas pembentukan busa yang begitu penting untuk difahami dalam penghasilan pelbagai jenis busa polimer, dan ditambah dengan penghasilan busa polimer khusus yang dinamakan busa sintaktik yang masih kurang diketahui umum. Kajian terhadap penghasilan busa sintaktik ini masih giat dijalankan kerana potensi kegunaan dan prestasi bahan tersebut yang luar biasa terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti aeroangkasa dan penerokaan laut dalam.
· Memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar ijazah lanjutan yang membuat kajian tentang busa polimer, tetapi juga kepada para penyelidik di universiti dan pelbagai institusi penyelidikan yang berminat untuk mendalami bidang busa polimer.
Ulasan
Jadilah yang pertama mengulas e-buku ini.
Tulis ulasan anda
Ingin mengulas e-book ini? Silah Sign in untuk memulai ulasan anda.