Masalah Pembelajaran dan Cadangan Penyelesaian: 18 Kes Terpilih oleh Norzila Zakaria

Masalah Pembelajaran dan Cadangan Penyelesaian: 18 Kes Terpilih by Norzila Zakaria from  in  category
Kebijakan Privasi
Baca menggunakan
(Harga tidak termasuk 0% GST)
Penulis: Norzila Zakaria
ISBN: 978-967-461-403-4
Ukuran file: 7.06 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(Harga tidak termasuk 0% GST)

Ringkasan

Buku ini adalah kompilasi kisah masalah pembelajaran yang dikongsikan oleh ibu bapa kepada penulis. Antaranya adalah kesukaran menulis, membaca dan mengira, mempunyai tumpuan yang singkat, merasa takut untuk ke sekolah, rasa rendah diri, cakap berulang-ulang, bersikap biadap terhadap guru dan boleh melihat makhluk halus. Bahagian pertama buku ini memaparkan 18 kisah masalah pembelajaran yang disusun mengikut kategori seperti masalah pembacaan, emosi atau berkaitan dengan terapi. Bahagian kedua pula adalah soalan-soalan lazim dan jawapannya yang diolah berdasarkan kisah masalah pembelajaran dalam bahagian pertama. Ianya disusun bermula dengan pengenalan permasalahan, diikuti dengan gejala, dan terapi yang diperlukan. Antara contoh soalan lazim adalah: apakah terapi cara kerja, mengapa anak saya diletakkan dalam kelas paling corot, mengapa guru tadika tidak mahu menerima anak autisme, perlukah anak didenda jika tidak mahu belajar, mengapa anak perlu didaftarkan sebagai orang kurang upaya, bagaimana mendapatkan rawatan di klinik psikiatri dan mengapa perlu menjalani ujian IQ. Penulis berkongsi bagaimana penilaian dijalankan di klinik, cadangan terapi yang diperlukan, serta kepentingan bekerjasama dengan ibu bapa dan pihak sekolah. Justeru itu, buku ini memberikan maklumat yang sangat praktikal untuk membantu ibu bapa dan guru mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya. Gaya penulisan santai yang digunakan dalam buku ini menjadikan pembaca tidak bosan dan akan teruja untuk membaca sehingga akhir.

Ulasan

Tulis ulasan anda

Direkomendasikan